Saturday, May 17, 2008

KELESUAN PRESTASI SUKAN NEGARA

Assalamualaikum,

Kehampaan rakyat Malaysia tidak dapat diperikan apabila pasukan bandminton negara kalah ditangan pasukan China semalam 3-2 di stadium Istora Senayan, Jakarta. Ini bukanlah kali pertama pasukan Malaysia dalam pelbagai bidang mengecewakan rakyat, tetapi untuk kali yang kesekiannya.

Sebelum ini dalam pertandingan hoki piala Sultan Azlan Shah, pasukan Malaysia menduduki tempat yang tercorot. Juga pada masa yang sama sukan bola sepak negara pula digemparkan dengan skandal rasuah yang melibatkan ramai pemain, yang mana ramai pemain yang menerima suapan wang untuk mempengaruhi keputusan perlawanan. Dan senarai kekecewan ini terus memanjang dan melebar ke pelbagai bidang sukan di tanah air.

Kerap saya tidak mahu menonton siaran langsung sesuatu pertandingan yang melibatkan atlit negara keran terlalu kerap atlit negara menghampakan penonton. Kalau kita ambil pertandingan badminton yang berlangsung di sirkit antarabangsa, kita sering saksikan atlit negara yang pada peringkat awalnya kelihatan seperti boleh memenangi sesuatu perlawanan, tetapi akhirnya kecundang dan gagal melonjakkan imej negara. Ini bukan berlaku sekali, tetapi berkali kali dn solah sudah macam menjadi satu tren.

Tidak kita nafikan, ada atlit negara yang mampu meraih kemenangan, seperti Nicol David dalam sukan skuasy dan Shalin dalam bidang bowling. Tetapi dalam bidang yang memang Malaysia merupakan power house, seperti badminton dan hoki, kekalahan yang berturut-turut dan memalukan adalah tidak boleh diterima sepanjang masa. Sesuatu mesti dilakukan untuk mengembalikan maruah sukan negara.

Bacaan saya mengenai keadaan kekalutan sukan negara kita adalah kerana mentaliti rakyat kita selama ini telah dijar oleh pemerintah sedemikian. Pemerintah menang dalam pilihanraya bukan kerana mereka bagus atau baik, tetapi adalah dengan pertolongan pelbagai senjata yang menjadikan pertandingan sentiasa berat sebelah dan kemenangan sentiasa memihak kepada mereka. Pasukan sukan kita juga diresapi oleh unsur ini. Dalam pertandingan, perlu ada pertolongan berat sebelah yang membolehkan mereka menang. Kalau pertandingan dilakukan secara adil dan profesional, meraka tidak mampu untuk meraih kemenangan. Itu yang menyebabkan ketahan mental mereka amat rapuh dan mereka mendapati sukar untuk bertahan dlam pertandingan yang memerlukan ketahanan mental yang tinggi.

Amalan rasuah dalam sukan bola sepak pula adalah satu manifestasi tentang teruknya amalan rasuah melanda negara kita. Kalau pemimpin tidak dapat membebaskan diri mereka dengan amalan ini, maka sudah tentulah ada dikalangan rakyat yang turut sama mengikuti rentak mereka. Hasilnya ialah ia menjahanamkan keseluruhan keseluruhan wibawa negara kita.

Kalau menang dalam proses memilih pemimpin dengan cara menipu, maka, atlit yang bertanding dalam suasana tanpa tipu akan kalah.

Itulah yang Malaysia saksikan kali demi kali.