Assalamualaikum,
Kali ini saya datangkan 2nd instalment mengenai masjid, insyallah.
Saya rasa, kira-kira sebulan lepas, saya terbaca, atau terdengar, rintihan seorang pujangga, atau mungkin penyajak dari Indonesia yang mengeluh kenapakah negaranya sering dilanda musibah, seperti tsunami, gempa bumi dan gunung berapi dan lain-lain lagi. Beliau meluahkan, apakah ini petanda banyaknya dosa yang dilakukan oleh rakyat negara tersebut? Rintihan ini mengingatkan saya kepada beberapa perkara.
Saya adalah seorang ahli geografi fizikal, dan kejadian bumi ini memang dalam bidang saya. Selalu kita mengagak, bencana alam ini adalah sesuatu yang diluar kuasa manusia untuk menolaknya, seperti ,mana mungkin kita mengelak gempa bumi daripada berlaku. Tetapi saya berpendapat sebaliknya. Bencana-bencana ini boleh dielakkan.
Dalam kitab lama yang terdapat di nusantara ini: Al Jauhir Mauhub wa Minbihatil Qulub karangan Syeikh 'Ali 'Abdurrahman Al Kelantani, dikisahkan pada zaman Nabi Isa, berlaku kemarau yang teruk, dan Bani Israel datang kepada Nabi Isa untuk meminta baginda mendoakan agar turun hujan. Baginda penduduk untuk sama-sama berdoa, dan dikalangan penduduk tersebut terdapat seorang buta. Apabila Nabi Isa melihat orang buta tersebut, banginda lantas mengarahkan orang buta tersebut berdoa, dan dengan izin Allah hujan turun. Baginda ditanya, mengapa baginda sendiri tidak berdoa, sedangkan doa baginda akan dimakbulkan oleh Allah, seperti mana dalam Surah Al Maidah di mana puak Hawariyyun meminta baginda mendoakan agar Allah memberi juadah makanan kepada mereka, dan doa baginda telah diperkenankan Allah dalam peristiwa tersebut.
Dalam kes memohon hujan tadi, baginda memberi tahu bahawa orang buta tersebut tidak mempunyai dosa mata, dan dengan itu doanya mudah dimakbulkan Allah. Jadi, orang biasa pun boleh berdoa kepada Allah dan doa itu boleh dimakbulkan serta merta sekiranya orang yang berdoa itu tidak melakukan dosa.
Kita juga tahu Allah telah membinasakan umat-umat yang terdahulu kerana mereka melakukan dosa, seperti umat Nabi Lut, kaum Madyan, Thamud, 'Ad, dan lain-lain lagi. Apabila bencana melanda sesuatu tempat, ia bukan sahaja petanda perjalanan alam, tetapi juga menunjukkan berlakunya dosa dan maksiat.
Apabila tsunami melanda Acheh, beberapa masjid di sana tetap kukuh berdiri, tidak tersembam menyembah bumi, salah satunya ialah Masjid BaitruRahman. Ini adalah isyarat yang Allah berikan kepada manusia bahawa bencana itu boleh dielakkan. Oleh kerana masjid-masjid ini diisi dengan tasbih, tahmid, tahlil, bacaan AL Qur'an, maka ia menjadi penyebab untuk Allah menyelamatkannya.
Begitu juga dengan negara. Kalau ia dipenuhi oleh tasbih, tahmid, tahlil ,bacaan Al Qur'an dan zikir-zikir yang mengagungkan Allah, maka bencana akan dielakkan dari negara tersebut, seperti yang diisyaratkkan pada Masjid BaiturRahman.
Indonesia mempuyai lebih ramai ulmak berbanding Malaysia, dan ulamak yang bertaraf besar mengatasi apa yang dipunyai Malaysia. Pada mereka harus disandarkan harapan untuk mendoakan agar bencana diselisihkan oleh ALlah.
Setiap kali saya terkenang dengan Masjid BaiturRahman, hati saya menjadi sayu dan terlalu rindu padanya. Satu hari nanti saya akan ke sana juga, dan insyaallah saya ingin solat dan sujud dalamnya sepuas puasnya.