Istilahnya mubahalah tetapi media gunakan sumpah laknat. Mengapa perkataan laknat itu yang sangat digemari mereka? Adakah mereka terliur untuk ditimpa laknat? Kita telah tahu bahawa Saipol telah bersumpah, dan pelbagai pendapat telah dikeluarkan mengenai hal ini yang menyebabkan Saipol berada dalam keadaan yang sukar. Bila sampai komen yang mengatakan perbuatannya itu sama seperti perbuatan orang Kristian, hati mana yang tidak mendidih.
Laluan yang diambil Saipol adalah laluan yang secara azali satu perangkap bagi beliau. Seorang asri tanpa mencongak dalam-dalam telah mencadangkan mubahalah, tanpa menduga itu akhirnya akan menjadi satu perangkap. Sekelian yang bengap dalam masyarakat menyokong pandangan ini, juga tanpa menyangka ia akan menjadi perangkap.
Saipol yang ghairah untuk membuktikan beliau di pihak yang benar, menyangka dengan bersumpah, segala persoalan akan terjawab dan beliau akan bersih sebersih bersihnya. Tetapi ia adalah satu perangkap bagi beliau. Apabila beliau bersumpah, perbuatan tersebut tidak berjaya menunjukkan beliau benar. Tanggapan masyarakat bukan melihat dia sebagai benar, tetapi beliau dilihat sebagai bodoh. Betapa tidak, tidak ada perlakuan jenayah boleh diselesaikan dengan bersumpah. Mubahalah Rasulullah s.a.w. bukan melibatkan hal jenayah, tetapi melibatkan hal 'aqidah.
Sekarang dia sudah bersumpah. Tidak ada gostan lagi dalam hal ini. Kalau Allah menghendaki, seperti yang dipinta-pinta oleh media penyokong BN laknat boleh dihempapkan kepada Saipol, sebab dia sudah bersumpah.
Sumpah anda bersifat ex parte. Kalau laknat turun pun bersifat ex parte. Anda telah masuk perangkap ciptaan sendiri.