Sunday, August 17, 2008

MASJID:PERKENAN ITU PENTING

Assalamualaikum,

Mula-mula kita diberitahu bahawa perkenan pihak atasan telah diperolehi untuk Tuan Guru Nik Abd. Aziz dan Tuan Guru Haji Abd. Hadi untuk membaca khutbah di Perak pada hari Jumaat 15 Ogos yang lepas. Kemudian, kita diberi tahu, sultan tidak memberi perkenan.

Soal perkenan diberi atau tidak itu tidak saya persoalkan. Yang menarik perhatian saya ialah alasan yang diberi. Politik tidak boleh dibawa masuk ke dalam masjid. Fine.
Maknanya Islam itu tidak termasuk politik. Kalau ada unsur politik, itu adalah Islam yang tidak betul.
Tetapi pada hari Jumaat yang sama juga, di masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta, satu upacara bersumpah Saipol telah dilangsungkan. Saya kira, upacara tersebut tentulah tidak ada kaitan dengan politik. Sekiranya perkara tersebut ada kaitan dengan politik, dan dengan menggunakan hujah pihak berkuasa masjid di Perak, tentulah pihak masjid di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tidak akan membenarkan majlis tersebut berlangsung.
Sebab itulah AsSultan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur memberi perkenan kepada masjid tersebut digunakan untuk majlis berkenaan.