Friday, August 22, 2008

PERMATANG PAUH TURUNKAN 15 SEN

Assalamualaikum,

Beberapa minit yang lepas Malaysia diberi tahu harga petrol RON 97 diturunkan 15 sen. Rakyat dah lama tunggu bila harga petrol nak turun, baru hari ini ia diturunkan. Saya menyambut pengumuman tersebut dengan nada afirmatif, tetapi tidak supportif, kerana kita tahu lebih daripada 15 sen boleh dikurangkan, kalau mereka mahu.
Juga kita tahu bahawa sekiranya tidak ada pilihanraya kecil Permatang Pauh, jangan harap kita dapat merasa penurunan tersebut. Jadi mahu tidak mahu, kita kena berterima kasih kepada Anwar Ibrahim, dan bukan kepada orang lain. Sebab, tanpa pilihan raya kecil Permatang Pauh, turunnya harga petrol adalah sesuatu yang terletak sangat jauh, kerana ia seperti seorang gadis yang punya pipi bak pauh dilayang, kita mahukannya, duit kita yang melayang.