Dalam pru12, sdr Mat Sabu kalah dengan sejumlah undi yang berjaya diraih oleh seorang nenek tua . Nenek tersebut bertanding atas tiket bebas, dah hakikatnya, Mat Sabu telah kalah dalam pilihanraya tersebut. Kita tahu nenek tersebut bertanding bukan atas perjuangan politik beliau, tetapi ditarikan oleh tarian pencatur politik yang membaca politik dengan bacaan yang baik.
P44 juga menyaksikan senario yang sama. Seorang diletakkan sebagai calon ketiga yang membawa mesej sama dengan yang dibawa oleh nenek Kuala Terengganu tersebut. Kalau anda teliti calon ketiga ini, ia kononya mewakili satu pertubuhan yang sebelum ini tidak pernah kita dengar dalam kancah politik negara. Samada pertubuhan tersebut satu pertubuhan politik, atau pertubuhan kebajikan, atau pertubuhan sosial, tidak dapat dipastikan. Yang pasti kononya presiden pertubuhan ini telah pun diterima menjadi calon
Anda perhatikan cara calon tersebut ditampilkan. Dengan serban diikat dikepala dan satu lagi tersandang dibahu, ia membawa mesej bahawa calon tersebut ingin mengalihkan undi kumpulan tertentu daripada memberikan undi kepada DSAI. Jelas ia adalah satu daripada sekian banyak perancangan politik yang diwujudkan untuk menghadapi pilihanraya kecil P44.
Arif Shah Omar Shah kata namanya tersenarai sebagai yang ketiga bawa tuah, kerana dalam bahasa mandarin ia bermakna bukit, makna menuju kepuncak kejayaan. Mat Sabu kalah kerana nenek yang berbasikal. Beberapa pilihanraya sebelum itu Mat Sabu kalah di tangan DSAI di P44 juga. Sekarang Hanafi Mamat cuba berperanan seperti nenek yang berbasikal.
Nak mendaki bukit dengan berbasikal berat tuan. Apatah lagi mamat dalam bahasa Arab maknanya mati.