Akhbar melaporkan rang undang-undang DNA yang dijangka dibentangkan dan diluluskan dalam sidang parlimen sekarang tidak bermotif politik. Begitulah bunyinya gembar gemburan yang dihamburkan oleh menteri yang berkenaan Syed Hamid Albar. Tidak ada mana-mana individu yang menyebabkan undang-undang tersebut diperkenalkan diparlimen untuk diluluskan. Ok, kita terima ia untuk masuk ke telinga kanan dan bersedia untuk mengeluarkannya ke telinga kiri.
Dulu almarhum Datuk Harun Idris pernah didapati salah oleh mahkamah kerana pertuduhan rasuah. Undang-undang yang mensabitkan beliau dalam pertuduhan tersebut telah diluluskan dengan sifatnya retrospective. Ia bermaksud, undang undang diluluskan hari ini boleh mensabitkan tertuduh yang pertuduhannya dibuat berabad sebelumnya.
Dalam kes liwat 2, DNA Anwar Ibrahim dikehendaki oleh pihak yang berkenaan, tetapi tiada peruntukan yang boleh memaksa beliau memberikan kerelaan untuk ujian tersebut dilakukan. Sekiranya undang undang yang menjadi perbincanagan ini diluluskan dengan sifatnya seperti yang disebutkan, maka Anwar Ibrahim boleh dipaksa memberikan sampel DNA nya.
Menteri kata tidak bermotif politik. Kita lihat nanti sifat undang undang ini dibentangkan. Kalau ia bersifat retrospective, maka berbohong itu adalah amalan harian mereka.