Wednesday, August 20, 2008

RAMAINYA PENGEMIS

Assalamualaikum,

membaca tulisan Jocelyn Tan mengenai bagaimana kata-kata sumpah laknat Saipol diputar diputar dan diputar berkali kali di Permatang Pauh menjadikan saya memahami bagaimana terdesaknya sesetengah pihak sekarang. Biasanya orang yang terdesak ini akan melakukan apa sahaja untuk cuba mengatasi keterdesakannya itu. Sehingga ada yang sanggup merempat dibumi sendiri disebabkan keterdesakan ini.
Kerana terdesak ini, mereka merempat sehingga jadi pengemis. Pengemis yang meminta meminta dan meminta tanpa ada lagi unsur malu atau menjaga maruah. Dan mereka terus meminta. Alangkah jijiknya bila pak menteri, samada yang biasa atau yang besar terjerlus ke lembah pengemisan.
Mereka meminta meminta dan meminta. Mereka mengemis mengemis dan mengemis. Agar Anwar Ibrahim bersumpah!