Thursday, August 14, 2008

KALAU MAHATHIR TINGGALKAN MALAYSIA

Assalamualaikum,
Terdengar juga cerita dan desas desus yang mengatakan sekiranya Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri, Mahthir akan keluar dari Malaysia. Cerita ini bersumberkan dari yang empunya diri. Daripada riak riak yang dapat dibaca dari cerita ini, perihal ini bolehlah dikatakan sahih.
Saya ingin meneka, sekiranya Tun ini ingin berhijrah ke sebuah negara lain, maka negara manakah yang akan menjadi pilihan si Tun ini? Kalau begitu bolehlah digunakan asas perjuangan Tun ini untuk dijadikan kriteria pemilihan negara yang akan dirantaui oleh beliau. Asas perjuangan Tun, sama dengan asas perjuangan UMNO, iaitu untuk orang Melayu. Maka saya percaya itulah pegangan Tun, itulah keyakinannya, itu kecintaannya, untuk itu ia berjuang, untuk itu ia hidup dan mungkin juga untuk itu ia mati.
Maka andainya sedemikian pegangan dan perjuangan Tun, iaitu demi bangsa Melayu, maka sudah tentulah sekiranya Tun berhijrah ke sebuah negara lain nanti, asas pemilihan negara tersebut mestilah ditentukan oleh pegangan, perjuangan, dan apa yang telah menjadi darah daging Tun. Maka saya mengandaikan, Tun akan memilih sebuah negara yang di sana ada orang Melayu, supaya perjuangan Tun boleh terus disambung.
Takkan lah Tun nak pilih negara orang putih pula. Kan dulu semasa Tun berkuasa Tun dah caci semau maunya mat salih tu. Sehingga bekas seorang perdana menteri Australia melabelkan Tun sebagai recalcitrant. USA dah berbuih dah dicaci, UK pun sama juga, jadi, orang berprinsipal seperti Tun tak kan lah nak menjilat semula ludahnya.
Maka negara yang ada orang Melayu cocoklah dicongak congak sekarang. Afrika Selatan tu bagus. Di sana ada ramai orang Melayu. Mat Sabu pun dah pergi sana, dan dia disambut baik oleh orang Melayu sana. Ahmad Nazri, mantan pengarang Berita Harian yang melarikan diri semasa liwat1 dulu pun diberitakan berada di sana. Ceylon pun pilihan yang baik juga. Di sana pun ada komuniti Melayu yang berjaya dalam bidang perniagaan. Brunei pun bagus. Orang Melayu di sana hampir sama dari segala segi dengan orang Melayu di Malaysia. Selatan Siam pun boleh. Dekat dengan kampung Tun. Cuma situ bergolak sikit la. Tun dah berumur, kot terperanjat nanti dengan dentuman. Kampuchea pun ok gak. Di sana ada orang Melayu yang rata rata susah kehidupan mereka. Bolehlah Tun tolong nanti. Indon pun boleh juga, cuma nanti orang Indon pikir datang nak cari kerja pula di sana, sedangkan berbondong bondong rakyat mereka ke sini. Ada orang kata Madagascar ada orang Melayu. Ha, situ pilihan yang agak eksklusif.
Jadi saya fikir itulah negara-negara yang mungkin jadi pilihan Tun nanti. Anda fikir macam mana?