Tuesday, August 12, 2008

PAS KELUAR PR?

Assalamualaikum,

Saya ada terbaca tulisan Nasarudin Tantawi mengenai idea sekiranya Islam, atau mereka yang membawa obor Islam, tidak diberi peranan lebih bermakna dalam PR, maka PAS wajib keluar daripada PR. Istilah yang digunakan ialah wajib. Bukan sunat, dan bukan juga harus. Kemudian hari ini dalam Sinar Harian pula, disiarkan berita tentang kata-kata daripada Presiden PAS bahawa sekirranya selepas 16 Sept. 2008. PR berjaya membentuk kerajaan, tetapi teras pemerintahan tidak diasaskan kepada Islam, PAS sedia menarik dari dari pakatan tersebut.
Puas saya cari dari sumber PAS maklumat yang menyentuh perkara ini, tetapi tidak berjumpa. Saya cari dalam Harakahdaily, juga tidak termuat berita ini. Tetapi dalam web dan blog lain ada termuat cerita ini. oleh saya tidak dapat kepastian mengenai kesahihan berita ini.
Katakan lah berita itu betul. Dengan menghormati pandangan pemimpin PAS, saya tidak berkongsi pendapat tersebut. Pertama apabila PAS telah menjalin hubungan dengan PKR dan juga dengan DAP, ia merupakan satu perjalanan sehala. PAS telah masuk satu lubang, yang mana lubang itu tidak ada jalan undur ke belakang, yang ada hanyalah mara ke hadapan. Kalau PAS keluar PR, PAS tidak akan boleh memadamkan sejarah, bahawa ia telah berasmara dengan DAP, satu parti yang secara jelas menolak Islam sebagai teras pemerintahan. Apa yang berlaku ialah PAS telah menggunakan strategi politik, iaitu, di mana kita boleh meraih keuntungan, kita gunakan kesempatan tersebut. Sebab itu, menjelang pilihan raya 12, ahli ahli PAS diberi tahu secara tidak bertulis untuk mengundi DAP, dan bukan BN, dengan hujah: mengambil mudharat kecil untuk mengelakkan mudharat yang lebih besar.
Kalau selepas 16 Sept. 2008, PR tidak berjaya membentuk kerajaan pun, PAS memang junior partner dalam pakatan ini. Sebabnya ialah PAS tidak menang kerusi setanding dengan apa yang dimenangi oleh rakan PR yang lain, tidak mengambil Kedah dan Kelantan. Ini adalah risiko yang PAS perlu baca terlebih dahulu sebelum terjun dalan keghairahan menghadapi pilihan raya. memang dalam pilihan raya 12, PAS lah yang menyediakanb jentera untuk PKR, dan juga DAP, sebab kedua dua parti ini tidak mempunyai jentera yang mantap. Operational premise bagi kedua dua parti tersebut tidak sama dengan PAS, mereka tidak ada jentera, tetapi mereka ada pengundi. PAS ada jentera, tetapi jumlah pengundi tidk cukup. Yang akhirnya diambil kira untuk menang ialah jumlah undi yang diterima, bukan kekuatan jentera.
PAS juga menumpang kepada populariti Anwar Ibrahim. Anwarlah yang merobohkan tembok tembok yang selama ini gagal dirobohkan oleh PAS, tetapi dengan kedatangan Anwar, tembok pengundi India dan Pengundi Cina roboh dan mereka ini berduyun datang memberikan undi kepada PAS. Jadi, kalau PAS diletakkan sebagai junior partner, memang patutlah.
Perjuangan Islam bukan hanya untuk satu tempoh edah pilihan raya sahaja, tetapi ia adalah satu perjuangan yang panjang. Mungkin memakan ratusan tahun. Kalau pemerintahan Islam tidak dapat ditegakkan dalam hayat Hadi Awang, kita sanggup tunggu ratusan tahun lagi, yang mana kemenangan itu kita yakin akan datang. Oleh itu laagkah keluar dari PR adalah satu langkah yang mengundang multiple error. Baru lagi PAS buat error dengan berunding bersama UMNO untuk menubuhkan kerajaan di Selangor, dan kini ada ura-ura untuk meningalkan PR. Ini adalah satu tindakan harakiri.
Bagi saya, walaupun PAS diperlekeh sebagai junior partner, ia hendaklah terus bersama PR. Be in the game. Apabila peluang sampai, sambar peluang tersebut. Tetapi kalau PAS keluar dari PR, ia bukan sahaja tidak berada dalam game tu, tetapi ia akan mencipta musuh baru. Musuh lama pun tak dapat diselesaikan lagi, sekarang mau cari musuh baru pula. ia tidak hikmah.
Anda ada selera untuk dissent?