Islamnya Zaid Bin Sun'ah al Isra'ili, r.a. bahagian 1
Qisah bersumber kepada At Tabarani daripada Abdullah bin Salam:
Zaid bin Sun'ah berkata: ada pun daripada alamat alamat kenabian yang aku saksikan di wajah Rasullah s.a.w. apabila aku melihatnya dan aku telah menyaksikannya di wajah baginda s.a.w. melainkan dua yang belum aku saksikan:
1. kesabarannya mengatasi kemarahannya
2. semakin bertambah marah semakin sabar sifatnya
Zaid berkata lagi: Rasulullah telah keluar pada satu hari dari bilik bilik isterinya dan ketika itu bersama sama dengan beliau adalah Ali bin Abi Talib. Kemudian baginda telah didatangi oleh seorang lelaki yang berada di atas tunggangannya, seakan akan ia seorang Badwi dan berkata:
Ya Rasulullah! aku mempunyai sekumpulan orang yang berada di kampung Bani Fulan di mana mereka telah memeluk agama Islam. Aku telah memberi tahu mereka jika mereka memeluk agama Islam, maka rezeki mereka akan menjadi luas. Tidak lama kemudian mereka telah ditimpa oleh musibah di mana satu tahun yang penuh dengan kepayahan dan kemarau. Aku sesungguhnya amat takut ya Rasulullah jika sekiranya mereka di dalam keadaan sedemikian itu keluar dari agama Islam dengan amat ghairah sekali sebagaimana keghairahan mereka pada waktu mula mula mereka memeluk Islam dahulu. Jika kamu berpendapat untuk menghantar kepada mereka sesuatu yang dapat mengurangkan mereka dari musibah tersebut maka aku akan melakukannya.
Rasulullah s.a.w. pun melihat kepada lelaki yang berada disebelahnya, aku melihatnya beliau adalah Ali, r.a. Kata Ali: Ya Rasulullah! Tidak tinggal sesuatu pun padanya. Kata Zaid bin Sun'ah: Aku pun menghampirinya danberkata: Ya Muhammad! jika kamu ingin menjual kepada ku buah tamar yang telah masak di kebun Bani Fulan dengan pembayaran yang tertangguh untuk jangka masa yang tertentu? Kata Rasulullah s.a.w. Jangan kamu namakan Bani Fulan. Setalh dipersetujui oleh Rasulullah s.a.w. aku pun mengeluarkan uncangkanku dan memberikan lapan puluh keping wang emas yang akan dibayar diwaktu yang tertunda bagi tukaran dengan buah kurma tersebut. Sabda Rasulullah s.a.w. kepada lelaki itu: bahagi bahagikan kepada mereka dan bantulah mereka.
Kata Zaid bin Sun'ah:Selang beberapa hari sebelum tiba waktu membayar hutang yang sepatutnya dilakukan oleh Rasulullah s.a.w., baginda telah keluar bersama sama dengan Abu Bakar, Umar dan Usman di kalangan sahabat sahabatnya. Apabila baginda telah selesai menyembayangkan jenazah, baginda s.a.w. telah menghampiri dinding untuk bersandar. Aku pun mendatangi baginda s.a.w. kemudian aku menarik baju dan kain selempangnya dan aku memandang kepada baginda dengan rasa marah. Aku berkata: Ya Muhammad, Adakah engkau tidak mahu menunaikan hakku(hutangku)?Demi Allah, tidaklah aku mengetahui melainkan Bani Abdul Mutallib itu suka menangguh nangguh hutang. Aku amat mengetahui tentang pergaulan kamu.
Aku melihat ke arah Umar r.a. dan matanya menjengkil kepada ku. Ya musuh Allah, adakah sebegitu engkau berkata kepada Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang aku dengari dan melakukan perlakuan sebagaimana yang telah aku saksikan. Maka demi yang Dia yang memegang nyawaku , jikalau aku tidak menghormati majlisnya sudah pasti aku telah memanggal lehar kamu.
.............akan disambung bahagian 2