Saturday, October 4, 2008

CHIKUNGUNYA PULAK DAH DI MELAKA

Assalamualaikum,


Kampung Solok Jenuang, Ayer Molek, Melaka Tengah adalah satu kampung yang tenang dan damai. Penduduknya hidup dengan rukun, walau pun dalam keadaan kesederhanaan kampung. Rata rata penduduknya adalah penyokong UMNO dan BN, hanya sedikit sahaja elemen PAS dan PKR yang terdapat dalam kampung tersebut, itu pun selalu dicenggelangkan mata oleh orang orang UMNO.
Dalam suasana hari raya ini, ada diantara penduduk kampung ini yang tidak dapat meraikan hari raya seperti orang lain, bukan kerana dilanda banjir, tetapi mereka diserang oleh satu wabak penyakit yang dikenali sebagai chikungunya. Simpati kami sentiasa dengan mangsa penyakit ini.
Kita yang tinggal di kawasan terbangun seperti bandar dan taman perumahan sering diingatkan supaya mempastikan tidak menyediakan tempat yang membolehkan nyamuk membiak, tetapi aedes aegypti dan aedes albopictus menukar strategi mereka. Kalau tak beri mereka tinggal di kawasan taman perumahan, mereka pindah ke kampung. Dan Solok Jenuang telah dipilih sebagai tempat bermukim mereka yang baru.
Belum ada penawar lagi yang ditemui oleh mengubati penyakit ini. Satu satu penawarnya ialah kalau ketua menteri dapat turun padang tengok mangsa, sebab salah seorang daripada mangsa adalah orang kuat UMNO yang bekerja bertungkus lumus untuk UMNO. Nak tanding jawatan tinggi UMNO tak salah, tapi rakyat dan penyokong sedang diserang penyakit sehingga lembik seperti chiku yang bonyo.
Tak kan tak boleh jengah kot!