Monday, September 29, 2008

TOK ARAB DAN MANCHESTER CITY

Assalamualaikum,


Semasa posting ini ditulis pasukan Manchester City sedang bertarung dengan Wigan. score sekarang ini ialah 1-1. Saya bukanlah peminat Manchester City, tapi bila telah tidak memegang jawatan dalam parti, maka peluang menonton tv yang saya tinggal 20 tahun yang dulu ada semula. Sekali sekala tengok juga bola.
Mereka yang mengikuti perkembangan EPL tahu bahawa pasukan Manchester City ini telah dibeli oleh satu konsortium Arab yang mengambil alih dari Thaksin. Saya tidak mahu nak ambil kisah berapa banyakkah wang yang telah dibelanjakan oleh Tok Arab ini untuk membeli pasukan bola sepak tersebut.
Bukan itu sahaja, Tok Arab ni juga telah membawa masuk Robinho pemain ternama dari Brazil dengan harga yang cukup tinggi. Saya kira mereka melabur dengan tujuan untuk mendapatkan pulangan lumayan nanti.
Yang saya persoalkan ialah kenapakah tok tok Arab yang banyak duit sibuk melabur dan meleburkan wang mereka ke tempat-tempat yang telah sedia ada dan sedia senang dengan wang. Tempat yang mereka suka melabur ialah USA, negara EU dana tempat tempat yang seangkatan dengan itu. Pelaburan ditempat tempat sedemikian akan hanya mencipta peluang pekerjaan ditempat di mana mereka melabur, sedangkan umat Islam ditempat lain lebih memerlukan pekerjaan berbanding dengan negara negara yang telah sedia maju.
Kita lihat bagaimana orang Islam masuk ke Sepanyol dari Afrika utara secara haram, semata mata kerana mencari pekerjaan di sana. Kita betapa dhaifnya umat Islam di Timur tengah, Afrika, Asia Selatan dan Asia tenggara. Tempat tempat memerlukan lebih lagi pelaburan berbanding dengan Machester. Saya dalam satu dokumentari bagaimana umat Islam di Timbuktu membina masjid mereka yang bahan binaannya dibuat daripada lumpur yang dicampur dengan tahi lembu. Tak tahulah saya apa hukumya sembahyang di masjid yang dibuat daripada bahan yang najis. Tetapi itulah yang termampu dilakukan oleh penduduk di situ.
Sikap yang tidak mementingkan ummah inilah yang merosakkan usaha untuk memajukan umat Islam sedunia. Mereka yang kaya lebih mementingkan bola daripada saudara seagama mereka.