Sunday, September 28, 2008

SAMBUNGAN; AKHLAK MUHAMMAD S.A.W. MENAMBAT HATI PENDITA

Assalamualaikum,


............sambungan


Rasulullah s.a.w. memandang kepada ku dengan tenang dan sabar. Baginda s.a.w. pun bersabda: Ya Umar, Aku dan dia, kami lebih berhajat kepada yang selain dari ini (kekerasan) iaitu supaya kamu mengesyorkan kepadaku supaya menunaikan hutangnya dengan baik, dan menyuruh beliau supaya mengikutinya.
Pergilah ya Umar! maka berikanlah haknya dan tambahkanlah sebagai pembayaran hutang itu sebanyak dua puluh gantang tamar sebagai ganti kepada tindakan kamu yang menakutkannya. Zaid berkata: aku pun pergi bersama sama Umar, maka beliau telah menjelaskan hutang Rasulullah s.a.w. kepadaku dan menambahkan kepadanya sebanyak dua puluh gantang buah tamar.
Aku pun berkata;apakah tambahan ini ya Umar?
jawab Umar, Rasulullah s.a.w. telah memerintahakan aku supaya menambahkan pembayaran hutangnya sebagai ganti kepada tindakan aku yang menakutkan kamu.
Kataku: Adakah kamu mengenali aku ya Umar?
jawab Umar:tidak.
Aku pun berkata: akulah Zaid bin Sun'ah
Jawab Umar:Pendita(Yahudi)?
Jawabku:ya! pendita
Kata Umar: Apakah yang menyebabkan kamu melakukan yang sedemikian itu terhadap Rasulullah s.a.w.?
Aku menjawab: Ya Umar, tidak ada satu pun daripada alamat alamat kenabian yang telah aku saksikan pada Rasulullah s.a.w. melainkan aku telah melihatnya pada wajah Rasulullah s.a.w. ketika aku melihat kepadanya cuma tinggal dua (dari alamat alamat) yang belum aku saksikan. Maka bersaksilah engkau ya Umar! sesungguhnya aku telah redha Allah itu sebagai Tuhan, Islam itu sebagai agama dan Muhammad itu sebagai nabi. Maka bersaksilah engkau Umar terhadap bahagian dari hartaku, kerana sesungguhnya aku orang yang berharta dikalangan kaumku, aku menyerahkannya sebagai sedekah kepada umat Muhammad s.a.w.
Kata Umar: Atau terhadap beberapa darinya kerana sesungguhnya kerana sesungguhnya engkau tidak memerlukannya.
Kataku: Atau atas beberapa darinya.
Umar dn Zaid pun kembali kepada Rasulullah s.a.w.
Maka kata Zaid:Aku bersaksi bahawa sesungguhnya tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah hambaNya dan pesuruhNya. Dan aku beriman dengannya, membenarkan dan membaiahkannya.
Zaid telah menyertai Rasulullah s.a.w. dalam banyak peperangan hinggalah beliau meninggal dunia di Ghuzwah Tabuk sebagai seorang yang menyertai ghuzwah itu bukannya sebagai seorang yang mundur atau lari. Rahmat Allah ke atas beliau.