Saturday, October 4, 2008

JANGAN TUNGGU ANAK ANDA DIHEMPAP TEMBOK

Assalamualaikum,


Anda pun dah baca, saya pun dah baca mengenai laporan Transparency International yang menyenaraikan Malaysia sebagai antara negera yang sangat rendah dari segi tersisihnya rasuah, atau sangat tinggi berlakunya rasuah. Ramai orang yang tidak mengambil berat tentang perlakuan rasuah, kerana pada pendapat mereka rasuah tidak akan memberi kesan apa apa kepada mereka.
Saya rasa tentu anda telah baca cerita seorang murid sekolah yang mati baru baru ini kerana dihempap oleh tembok perpustakaan. Mungkin ramai orang mengatakan itu adalah malang. Malang tidak berbau. Tapi saya kata itulah kesan rasuah.
Pernah anda baca kesah lori besar melanggar kenderaan di depannya? Pernah anda baca berita sebuah plaza tol yang sering dirempuh oleh kenderaan? Pernah anda baca berita bas ekspres terlibat dengan kemalangan? Macam macam teori dikemukakan untuk mencari sebab kepada kejadian kejadian yang dicontohkan tadi. Saya mengaitkannya dengan rasuah.
Anda pernah dengar cerita kondominium ditimpa malapetaka? Anda pernah dengar cerita ini? anda pernah dengar cerita itu? pernah baca cerita ini? cerita itu? kemalangan ini dan kemalangan itu? Cerita cerita sedemikian tidak lekang daripada rasuah.
Kita tidak mahu jadi bahan bacaan seperti yang berlaku di sebuah negara, di mana oleh kerana engineer yang meluluskan penggunaan alat alat ganti kapal terbang, meluluskan penggunaan alat alat yang tidak sepatutnya lulus, satu daripada pesawat syarikat tersebut terhempas. Kalau anda berada dalam pesawat tersebut? Kalau orang tersayang anda berada dalam pesawat tersebut?
Punca rasuah negara kita ialah apabila parti yang memerintah kemaruk dengan rasuah. Sekarang ini rasuah ini sedang memutar ligat sepanjang proses pemilihan parti berkenaan. Hari raya ini kita tidak tahu berapa banyak duit raya yang telah ditabur untuk meraih undi dan pencalonan. Ini adalah rasuah. Anda kena hentikannya.
Jangan tunggu anak anda terjelepuk dihempap tembok baru nak sedar.