Setelah membaca cerita molotov coctail dihumban ke rumah Teresa, setelah baca perhimpunan agung UMNO ditangguh, cerita Tengku Razali terus minat tanding presiden UMNO, cerita Air Asia terlanggar gumpalan awan, maka saya rasa cerita penemuan agung saya ini lebih awla di posting kan dulu.
Penemuan ini adalah untuk menjadikan diri anda kalis ISA. Sekiranya anda rakyat Malaysia biasa yang marhaen, sekiranya anda giat dalam politik pembangkang, sekiranya anda penulis blog menongkah, sekiranya anda bukan jenis pengampu, maka anda sentiasa direnung si drakon bernama ISA.
Untuk menjadikan diri anda kalis ISA, saya formulasikan satu penemuan, yang tiada kandungan melamin. Ia dinamakan U2B, atau UBB. Gunakan formula ini maka anda akan jadi kalis ISA.
Pertama U. Ia merujuk kepada satu parti politik. Anda jadi ahlinya, dan kalau boleh pegang jawatan tinggi, maka anda akan jadi kalis kepada si drakon ini. Kalau anda buat macam mana besar pun kesalahan dari segi undang undang negara, maka anda tetap kalis. Paling paling pun anda dikenakan undang undang parti. Paling paling kena hukum pun, anda hanya kena gantung. Tapi jangan risau. Kena gantung , tapi tak mati. Tidak macam Ali Chemical di Iraq, kena gantung sampai putus kepala.
Kedua B. Bermaksud batu. Cari mana mana batu, anda cut to shape. Kemudian polish. Jadikan batu cincin. Pakai. Lagi besar lagi mujarrab. Kalau pakai 10 jari lagi power.
Ketiga B. B yang ini bermaksud botox.
Now you know the rest of the story.........