Tuesday, September 16, 2008

MINTA ULASAN MUFTI PERLIS

Assalamualaikum,


Penggunaan ISA menghantu rakyat Malaysia sekali lagi. Dan saya percaya rakyat Malaysia mesti diberi penerangan secukupnya mengenai penggunaan ISA ini, dan bagi umat Islam di Malaysia ini, cocok kalau pihak yang arif tentang Islam terangkan kepada mereka apakah kedudukan ISA ini pada pandangan Islam.
Saya telah buat satu posting mengenai ISA dan Perang Khandaq, tetapi orang tak hapek pun. Sebaliknya kalau orang yang mempunyai status sosial yang tinggi dan ilmu yang tinggi, ia akan dapat menarik perhatian umum. Untuk itu saya minta apalah kiranya Sahibus Samahah Mufti Perlis menitiskan sedikit ilmunya dengan mengulas mengenai pendekatan yang Rasulullah ambil apabila Bani Quraizah mengancam keselamatan negara Madinah
Insyaallah kita boleh dapat menafaat daripadanya.