Saturday, September 20, 2008

TERPERANJEK BOSA DEN!

Assalamualaikum,



Saya terperanjat besar apabila melihat gambar yang terpampang dalam akhbar Suara Keadilan Bil. 148, 18-25 Sept. 2008, muka surat 27, menunjukkan kawan saya telah menyerahkan borang untuk menjadi ahli PKR. Bukan sahaja dia seorang, tetapi dia membawa bersama sama rakan rakannya yang lain melompat ke parti PKR. Saya berkata dalam hati: ini satu perkembangan yang baik!




Tetapi suatu keanehan berlaku pula, kenapa baru baru ini, kawan saya itu apabila ditanya oleh utusan Malaysia mengenai penggunaan ISA dalam kes tangkapan terkini ,menyokongnya. Nada tersebut adalah nada lama beliau yang sememangnya sinonim dengan kawan saya ini.




Maka saya amati lagi gambar yang tertera dalam akhbar tersebut. Memang sah kawan saya. Dia kelihatan menyerahkan borang keahlian untuk masuk PKR. Tetapi kerana rasa tidak puas hati, saya teliti caption yang terdapat pada gambar tersebut. Saya perhatikan dalam gambar tersebut, yang menerima borang keahlian ialah Kamarul Baharin bagi pihak PKR.









Saya terus meneliti caption tersebut. ia berbunyi: Kamarul Baharin menerima borang keahlian dari wakil 32 pemimpin BN, Ng Yong Sam.



Bukan kawan saya:Profesor Datuk Dr. Latif Abu Bakar