Zaid Ibrahim mempersoalkan pasukannya, mengapa guna ISA dalam kes penahanana 3 orang baru baru ini. Mahyuddin mempersoalkan AA Badawi mengenai bila dia nak serah kuasa. Kenapa lambat sangat. Najib yang dulu dah setuju pelan awal penyerahan kuasa kini buat u turn minta peringkat bawah pula tentukan peralihan kuasa. Kesemuanya ini melemaskan AA Badawi.
Yang nampak jelas, budaya ini, iaitu budaya mempersoalkan ketua sendiri secara bersendirian dan terang terangan adalah budaya baru dalam UMNO. Budaya asli sejak azali mereka ialah angguk dan akur. Asalkan sendawa panjang. Mengapa budaya mempersoalkan ketua mereka sekarang ini semakin subur di kalangan UMNO? nak kata tak sendawa, mereka sendawa dari sahur sampai berbuka. Tetapi saya rasa itu tidak penting. Yang penting ialah retak dalam bejana mereka telah semakin besar dan membarah.
Saya nampak semua mereka ini sedang membuat satu persiapan untuk menanti kantung emas yang akan terburai. Yang penting ketua yang memegang kantung itu mesti dilibas dahulu. Bila dia merungkup, kantung emas itu disambar segera.
Tetapi yang menunggu untuk menyambar itu terlalu ramai. Mereka ini termasuk anak raja gua bersama raja katak, kapitan dari benua kecil dan yang tinggal satu mata lagi. Maka rule of the game ialah eliminate your competitors.
Untuk itu, perang mesti dilancar. Permulaannya ialah retakkan di mana boleh. Lepas retak?