Friday, November 7, 2008

FOR THE LOVE OF TIFFANY


Assalamualaikum,




Beberapa tahun yang lepas saya baca sebuah atikel dalam Reader's Digest mengenai seorang Hell's Angles yang bertemu dengan seorang bayi di hospital. Bayi ini dilahirkan oleh seorang perempuan yang terencat akal yang mungkin telah dirogol oleh seseorang. Bayi ini dilahirkan dengan pelbagai komplikasi.

Dia mengambil bayi ini dan dibelanya. Dia lebih sayang bayi ini lebih daripada isterinya, sehingga dia berpisah dengan isterinya. Bayi tadi membesar, tetapi tidak normal dan sentiasa keluar masuk hospital. Bayi ini diberi nama Tiffany. Pada umur 15 tahun Tiffany akhirnya meninggal dunia.

Kerana kasihkan Tiffany, dia membuat tatu dilengannya. Tatu tersebut berbunyi: For the Love of Tiffany. Begitulah kalau seseorang itu telah terlalu kasih dengan sesuatu itu, ia akan membuat apa sahaja untuk mengingati apa yang dia kasih.

Gambar yang anda lihat di atas adalah satu gambar yang telah terlalu biasa kita lihat. Gambar tersebut adalah satu usaha untuk menipu rakyat. Projek adalah projek negara; wang yang diguna adalah wang negara; tapi nama dan promosi dapat ke BN bersimbol dacing. Kalau wang untuk membiaya projek tersebut datangnya dari bendahari BN, saya tidak bantah. Tetapi ini adalah wang negara, bukan wang BN.

Oleh kerana orang BN terlalu kasih akan simbol dacing itu, seperti yang dimenifestasikan oleh gambar di atas dan juga seperti beberapa tahun dulu di mana mereka mempromosi baja cap dacing, maka saya cadangkan di sini supaya lambang dacing itu juga mereka tatu pada diri mereka.

Sangat power dan berkesan kalau dacing tu di tatu di dahi mereka.