Saturday, November 8, 2008

PAS MENANG

Assalamualaikum,


Saya bukan lah peminat filem atau seni tempatan, sebabnya bidang ditersebut sekarang ini berada dalam grey area, iaitu bidang yang boleh menjerumuskan seseorang itu ke dalam dosa dan maksiat. Asalnya bidang ini neutral, tetapi kalau tidak dikendali dengan taqwa, boleh membawa kita kepada apa yang saya sebutkan tadi.
Tetapi terbaca juga saya berita tentang Festival Filem Malaysia ke-21, dan dinyatakan filem Mamat Khalid Kala Malam Bulan Mengambang telah menang sebagai filem terbaik. Saya tidak tahu apakah pokok pangkal filem ini, apa jalan ceritanya, siapa hero dan siapa antigonis, itu hal bagi mereka yang nak menilai filem tersebut. Yang saya nilai ialah tajuk filem tersebut.
Bulan mengambang bukankah dikaitkan dengan PAS. Bukankan ramai orang yang menjadi penyokong totok UMNO dan BN takut dengan bulan mengambang, hatta kalau ada sisa sisa atau mirip mirip bulan mengambang, pastilah UMNO akan kikis habis habisan.
Anda ingat sedikit masa dulu logo Petronas yang dihebohkan sebagai mirip dan berbau PAS, maka gempitalah perhimpunan mereka mengenai hal ini, dan dipaksa Petronas membelanjakan sekian juta RM untuk membuat perubahan kepada logo tersebut supaya tidak mirip rupa lambang lagi.
Anda ingat lagu Azizah di gam daripada disiarkan diudara? Ini adalah kerana ketakutan UMNO terhadap pengaruh lagu tersebut yang mempunyai persamaan nama dengan Datin Seri Azizah Isteri DSAI. Juga lagu Bersih dikenakan tindakan yang sama kerana kumpulan Bersih bertindakan berdemonstasi supaya pilihan ke-12 yang pada ketika itu sedang menjelang dijalankan secara bersih.
Sekarang filem Bulan Mengambang telah menang. PAS telah menang. Rakyat telah terima PAS. Para penggiat seni telah menerima PAS. Para penggiat seni akan beri undi mereka kepada PAS. Media telah terima PAS. Para hakim telah terima PAS. Peminat seni telah diberi isyarat supaya terima PAS. Rakyat telah diberi tahu bahawa PAS bagus, sebab itu filem ini menang. Rakyat diberi isyarat supaya beri undi mereka kepada PAS. Semua golongan dan lapisan masyarakat menyokong PAS.
Rakyat tolak UMNO. Sebab dalam pemilihan parti mereka yang sedang berlangsung sekarang, mereka sendiri yang mengakui mereka amalkan rasuah.