Saturday, November 8, 2008

MASJID FELDA BUKIT SENGGEH

Assalamualaikum,




Saya berpeluang membuat kajian di Felda Bukit Senggeh, Nyalas, Melaka dan sempat bersembahyang Jumaat di sana semalam. Saya perhatikan jemaah saling tegur menegur dan memberi salam antara satu dengan yang lain. Walau pun mereka tidak kenal saya, sedang hampir semua warga felda tersebut dikenali, mereka tetap memberi salam dan menegur. Budaya ini telah hilang di tempat saya tinggal, walau pun sering bersua, namun, kalau tidak biasa dengan sesorang itu, bergesel bahu pun tak diberi salam.






Apabila masuk ke ruang solat dalam Masjid Felda Bukit Senggeh (Koodinat: 02 23.295 N, 102 28.080 E), udara di dalamnya terlalu panas. Sepatutnya apabial panas begini, kipas tu dilajukan maksima, tetapi tidak kipas tetap berpusing kiut, kiut, kiut.




Saya dapati, rekabentuk masjid tersebut salah. Tidak apa ketafakkuran yang diberi kepada pengudaraan dan pengaliran haba. Bukan kah orang Islam telah lama mengungguli reka bentuk masjid? Sehinggakan masjid yang ditengah padang pasir pun menjadi nyaman untuk kita berada di dalamnya? Jelas ilmu tersebut telah hilang, dan dengan itu rekabentuk mesjid menjadikan jemaah seperti dibakar. Salah satu masjid besar yang mempunyai rekabentuk faulty seperti ini ialah Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur. Sekiranya sistem air conditioning telah dipasang di masjid Kampung Baru ni, alhamdulillah.




Nampaknya banyak reka bentuk masjid sekarang ini tidak lagi tahu dan faham apa guna kubah tersebut, juga ketinggian siling tidak diambil kira dalam reka bentuk masjid, dengan itu, apabila jamaah berada dalam masjid, terutamanya untuk sembahyang Jumaat, kita meresa seperti berada dalam oven. Mungkin kah reka bentuk masjid tersebut direka oleh non muslim?




Satu lagi aspek yang semakin pupus ilmunya dalam reka bentuk masjid ialah pencahayaan. Dinding masjid diikat dengan bata tanpa ruang untuk cahaya masuk, juga tanpa ruang untuk udara berkitar. Masjid dengan sendirinya menjadi bilik gelap seperti untuk memproses filem.


Ada juga masjid yang tidak tahu mana hendak diletakkan mimbar. Kedudukan mimbar memutuskan saf dan kadang kala memakan ruang solat yang banyak, sedangkan ia boleh dipermudah dengan rekabentuk yang telah lama dipunyai oleh orang Islam.








Banyak masjid yang mempunyai simpanan yang yang banyak, dan wang tersebut tersimpan dalam bank. Tidak digunakan. Sekiranya anda AJK masjid, dan masjid anda ada dana, gunakan dana tersebut untuk sentiasa menaik taraf dan menambah baik masjid anda. Anda tahu tak, tempat di mana toilet paling kotor ialah di masjid masjid? Tempat yang sampah paling bersepah ialah di masjid masjid. Kalau masjid anda tidak tergolong dalam kategori ini, bagus lah. Tetapi saya tahu ada masjid yang AJK nya kedekut untuk membelanjakan dana, seolah dana masjid tu duit dia.



Masjid Felda Bukit Senggeh ni, kerana ada dua jamaah yang tidak boleh boleh kena air cond, maka semua orang terpaksa masuk dalam ketuhar.



Kalau saya mereka bentuk masjid, saya reka paling minima seperti di bawah.