Monday, November 17, 2008

KALAU UMNO, BOLEEEH AJE

Assalamualaikum,


Sekiranya anda hendak menubuhkan tadika atau institusi pengajian, salah satu syarat ialah anda kena pastikan tidak ada institusi sama sekitar 300 rumah sekeliling anda. Kalau ada, permohonan anda tidak akan lulus.








Tetapi keadaan berlainan berlaku di perkarangan sebuah surau. Surau ini namanya ialah Surau Al Istiqomah. Sejak mula surau ini dibina, digerakkan sama penubuhan sebuah tadika yang dikenali sebagai Taski Istiqomah.


Tetapi oleh kerana ahli jawatan kuasa surau dan juga ahli jawatan kuasa taski dikuasi oleh orang PAS, maka orang UMNO naik angin. Apabila diberi peluang untuk dua tiga orang orang UMNO menjadi AJK surau, dan digabung pula dengan faktor YB Parlimen juga menjadikan mereka kroni, maka mereka telah memohon peruntukan untuk membina sebuah lagi tadika dalam perkarangan surau dan bersebelahan dengan tadika yang sedia ada.


Maka berlakulah apa yang tidak dibenarkan berlaku kalau anda bukan orang UMNO. Dua buah tadika sebelah menyebelah. Walau pun tidak timbul masalah, kerana mereka yang mengendalikan Taski Istiqomah sentiasa menjaga persantunan dan akhlak, namun keadaan pelik tetap tersembul.





Kalau anda perhatikan, Taski Istiqomah ini berada dalam keadaan yang serba daif. Atap pun pelbagai warna, menunjukkan bila ada duit barulah diganti atap, jadi, apa warna pun tidak kira. Tapi Taski Darul Ehsan pula tersergam dengan segak.


Dari segi daya penarik pula, Taski Istiqomah menjadi pilihan, sehingga terpaksa menolak permohonan untuk anak anak belajar di situ. Taski yang lagi satu pula sudah sekian tahun lengang, melainkan di isi oleh anak anak kroni sahaja.



Dalam tadika yang ini, gambar menteri besar Selangor sekarang pun tidak diberi ruang.