Friday, November 21, 2008

KAU JANGAN BUAT LAGI MAT!

Assalamualaikum,


1995. Ramadhan. Pilihan raya umum diambang pintu. Saya di jadualkan menjadi imam solat isya dan tarawih di Surau Al Ehsan. Sebaik sahaja iqamah dikumandangkan untuk memulakan solat isya', seorang kawan, Yusuf J membisikkan ke telinga saya: Mat Sabu kena tangkap basah!
Saya kata confirm ke? Dia jawab ya! Keluar berita tv jam 8.
Dan saya melangkah untuk mengimami solat isya'.
Sebaik sahaja mengangkat takbir, saya rasa seperti longlai. Lutut saya lemah. Kaki jadi goyah. Kepala saya seperti berpinar. Saya pun cengkamkan jari jari kaki saya pada sejadah agar berdirinya saya itu tidak tumbang. Saya pun ingatkan diri saya dan berkata dalam hati: control, control! Selesai takbirratul ihram, barulah kekuatan seperti datang semula dan sedikit demi sedikit kawalan pada diri saya kembali kepada normal sehinggalah selesai solat isya'.
Selang beberapa bulan, Ustaz Hassan Shukri menceritakan pengalaman beliau mengenai isu yang sama kepada saya. Beliau pun hampir tumbang dalam solat sebaik sahaja menerima berita mengenai Mat Sabu ni.
Saya rasa ramai orang PAS pada malam tersebut yang tergugat solat mereka dan ramai yang berduka cita.
Mat Sabu, kau jangan buat lagi!