Sunday, November 16, 2008

BERBAU WANGI

Assalamualaikum,

Membaca kisah almarhum Amrozi dan rakan yang ditembak berkaitan dengan penghukuman peristiwa pengeboman Bali mengingatkan saya kepada peristiwa Memali. Gambar Amrozi dan abangnya yang tersenyum dengan mata celik sama seperti gambar Assyahid Ibrahim Libya dan rakan rakan.
Saya dan beberapa sahabat membuat satu rombongan menziarahi maqam di mana jenazah syuhada Memali dikuburkan, saya kira sekitar 1985, iaitu satu atau dua bulan selepas peristiwa tersebut. Sesampai dikubur, saya terbau satu bau wangi yang nipis yang tidak begitu kuat dan tidak pula sedikit. Rombongan kami berada di perkarangan maqam tersebut hampir antara 45 minit hingga satu jam, dan sepanjang saya berada disitu, bau tersebut terus menerus ada dan menusuk deria saya.
Apabila berada dalam bas untuk perjalanan, saya bertanya sahabat sahabat, anta terbau bau wangi ke tidak di maqam tadi. Mereka menjawab tidak. Selama berada di perkarangan maqam tersebut, saya beranggapan semua orang terbau bau sedemikian, dan mungkin juga kerana ada orang yang menabur bauan di maqam tersebut, jadi saya tidak bertanya atau menimbulkan pertanyaan. Hanya setelah saya confirm dengan rakan rakan lain adakah mereka terbau satu bau wangi di maqam tersebut dan mereka mengatakan tidak, barulah saya faham dan membuat keputusan, bau yang saya deriai itu datangnya dari kubur kubur tersebut.
Beberapa hari kemudian, saya menceritakan pengalaman saya kepada seorang kawan Al Hafiz Ustaz Salleh Daud. Beliau memberi tahu, ibunya terbau bau yang sedemikian semasa menziarahi perkuburan tersebut.
Sekiranya berita mengenai bau wangi yang keluar dari jenazah Amrozi dan rakan itu benar, dan bau wangi yang saya kesan sepanjang berada di maqam syuhada Memali itu bukan khayalan saya, maka itu adalah ayat ayat Allah yang mengisyaratkan kepada kita sesuatu.