Thursday, December 18, 2008

KAMPUNG CINA: YOU WIN THE BATTLE, YOU WIN THE WAR

Assalamualaikum




Kampung Cina yang didiami penduduk berketurunan Cina sejak hampir 300 tahun lalu itu juga mempunyai sebuah perigi yang dipercayai tertua di Terengganu, dibina oleh empat orang kapitan Cina iaitu Law Kian Tee, Koo Swee Lin, Hin Khang Hoon dan Wee Teck Siew. Keistimewaan perigi ini bukan sahaja kerana usianya, namun dikatakan pernah berjasa kepada penduduk setempat serta membekalkan air kepada pedagang asing yang berniaga di situ. Perigi itu juga mempunyai keistimewaan tersendiri kerana airnya didakwa tidak pernah kering malah masih digunakan sehingga kini



Dalam suasana PRK 036 KT, rekod menunjukkan Parlimen Kuala Terengganu telah di menangi oleh beberapa parti sebelum ini:

Tahun Parti Majoriti
1986 BN 3324
1990 S46 1880
1995 BN 4852
1999 PAS 14488
2004 BN 1933
2008 BN 628

Kalau anda perhatikan, sejak BN memenangi kerusi ini dalam tahun 2004, trend undinya semakin menurun.


DUN Bandar di Kuala Terengganu Toh Chin Yaw telah memenangi DUN ini dalam tahun 2004 dengan majoriti 1,612 dan dalam tahun 2008 majoriti beliau menurun kepada 1,142.


Peti Undi 2004 2008
Tok Ku 46 37
Cabang Tiga -257 37
Hiliran Masjid -657 -10
Lorong Masjid -79 0
Pulau Kambing 1251 -81
Kampung Cina 150 -217
Pejabat Bandaran 1047 142
Paya Bunga 232 -32
Pantai Terengganu 704 -1
Undi Pos -176 4
Jumlah 1991 -405





Peti Undi 2004 2008 %Cina
Pulau Kambing 1251 -81 40.8
Kampung Cina 150 -217 83.6
Pejabat Bandaran 1047 -142 69.2
Paya Bunga 232 -32 49.7



Dalam tahun 1999, PAS telah berjaya mendapatkan banyak undi daripada 4 peti undi yang majoritinya pengundi Cina, tetapi sokongan ini semakin kurang dalam tahun 2008.



Sekiranya prestasi PAS di tiga DUN lagi dapat dikekalkan, maka pertarungan sebenarnya ialah di empat peti undi yang majoritinya pengundi Cina, dan Kampung Cinalah yang mempunyai pengundi Cina yang paling ramai.



Kalau PAS boleh memenangi Kampung Cina, PAS boleh memenangi P036