Thursday, December 18, 2008

MISKIN PUN TAK APA, ASALKAN.....

Assalamualaikum,


1. Hasil minyak banyak.

2. Dari royalti jadi wang ehsan kemudian jadi royalti kembali.

3. Duit banyak, cari jalan masukkan dalam poket sendiri. Kalau tak licik dikejar BPR.

4. Kejar aje.

5. Kalau tak pakai Merc, itu bukan ameno teganu namanya.


6. Mat Said kata dalam 3 tahun lepas RM 80 juta hangus.

7. Golden Pharos Sdn Bhd (kalau terjemah namanya jadi Firaun Emas Sdn Bhd) rugi kata Mat Said

8. Syarikat Percetakan Islam Terengganu; rugi kata Mat Said

9. Permint-Suterasemai Sdn Bhd; rugi kata Mat Said


10. Baru ni dapat RM 406 juta

11. Nanti dapat RM 10 billion atau RM 10,000,000,000.00


12. Berapa banyak sifar daaa.

13. Harap rakyat marhein Terengganu tidak dapat sifarnya saja

14. Sebab bila mulut terlopong, ia membentuk sifar.

15. Kan dulu dah dapat royalti.

16. Kenapa rakyat Terengganu miskin lagi?


17. Dari 1978 hingga Februari 2000, Teganu dapat royalti RM 7 bilion, atau RM 7,000,000,000.00


18. Tetapi team W Moktar tinggalkan hutang RM 700,000,000.00


19. Macam mana duit lesap?


20. Senang je. Tubuh anak syarikat. Lepas gasaklah bajet kat situ


21. Buat bangunan mahal mahal 1.Muzium Negeri 2.mahkamah syariah KT 3.Perpustakaan Negeri Terengganu 4. Pejabat Daerah Kuala Terengganu 5. Bangunan Darul Iman


22. Dalam tenure Idris Jusuh 1. Masjid Kristal 2. Monsoon Cup 3. kau cari sendiri yg lain


23. Hingga 1998, Perwaja rugi RM 3,500,000,000.00


24. Kerajaan Negeri Terengganu punyai 19% saham. Rugi sebanyak RM 671,545,880.00 --sikit aje.


25. Senarainya panjang lah. Orang Teganu tahu lah sendiri. Ada banyak lagi kalau nak tulis. Nanti kau orang tak larat baca.


26. Rakyat Teganu tak mengeluh pun.


27. Kekal dalam kemiskinan pun tak apa.


28. Harga barang di Terengganu mahal pun tak apa.

29. Mundur dari segi tamadun pun tak apa.

30. Asalkan UMNO perintah.