Sunday, December 14, 2008

UMNO ULANGI STAIL TUN GHAFFAR

Assalamualaikum,


Gempita luruhnya wang di Terengganu sedang gegak diperkatakan. Dengan pendahuluan wang royalti yang dulunya diseranah sebagai wang ehsan, yang bernilai lebih RM 400 juta, dan dengan wang lain untuk penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu yang dimodalkan sebanyak RM 10 billion, terlalu banyak wang yang ingin ditaburkan di Terengganu dalam masa yang terlalu singkat.
Yang pandai terbang dan hinggap sambil membawa karung wang berbilion lion ringgit semasa pilihan raya adalah almarhum Tun Ghaffar Baba. Ketiadaan Tun mudah diganti santa klaus baru.
Track record menunjukkan pemimpin UMNO Terengganu tidak punya mental capacity untuk membelanjakan wang yang banyak bagi kesejahteraan rakyat. Dari zaman petrolium mula ditemui di Terengganu sehinggalah PAS memerintah Terengganu, wang hasil daripada petrolium tidak berjaya melonjakkan tahap ekonomi rakyat Terengganu. Pada waktu mereka kalah pilihanraya 1999, rakyat Terengganu kekal antara termiskin. Rakyat Terengganu masih jauh tertinggal dari segi ketemadunan.
Kekangan yang dijerut dileher PAS tidak memungkin PAS buat satu magic menaikkan taraf hidup rakyat Terengganu dalam masa yang sangat terhad, tetapi dalam tenure Idris Jusuh, dengan wang ehsan yang melimpah ruah, masih lagi rakyat Terengganu masih lagi membawa tagging miskin. Masih lagi rakyat Terengganu dilihat sebagai kolot dari segi ketemadunan.
Ketiadaan mental capacity inilah yang menyebabkan negeri Terengganu ada masjid kristal, yang tidak diperlukan oleh rakyat Terenganu. Ada temasya Monsoon Cup, yang tidak difahami oleh rakyat Terengganu. Pada masa yang sama juga cengkaman kemiskinan dan kemunduruan ketemadunana pada rakyat Terengganu masih terus menerus mendera mereka.
Dalam tenure Idris Jusuh, dengan wang ehsan 1 bilion, rakyat Terengganu masih tidak mendapat titisan wang tersebut, kenapa? Sebabnya ialah UMNO tidak tahu macam mana nak jadikan wang yang begitu banyak masuk ke poket rakyat. Yang mereka sangat arif ialah bagaimana nak masukkan wang yang banyak ke poket mereka.
Dengan wang RM 400 juta untuk dibelanjakan sebelum 17 Januari 2009, adakah anda kira Ahmad Said punyai mental capacity untuk mencari cara bagaimana rakyat boleh menerima manafaat daripada wang tersebut? Paling bergeliga caranya nanti ialah dengan mengangkut wang tunai berkilo kilo dan diagih secara tunai kepada kononnya rakyat. Perkataan rakyat adalah smoke screen merujuk kepada kroni UMNO.
Oleh itu, wahai rakyat Terengganu, dan wahai pengundi parlimen Kuala Terengganu, anda akan saksikan nanti, pelbagai bangunan yang tidak membawa faedah kepada rakyat dibina di Terengganu. Pelbagai temasya dianjurkan dengan harga berjuta ringgit kononnya untuk mempromosi Terengganu. Pelbagai pelaburan luar negara akan diisytihar dan dimasyhurkan di seluruh pelusuk jajahan Terengganu.
Selepas itu anda akan dengar, projek itu gagal. Pelaburan ini rugi. Anak syarikat rugi. itu rugi dan ini rugi. Diikuti oleh kata kata hikmat: kerajaan tidak akan teragak agak untuk mengambil tindakan.....
Dan setiap kali UMNO menang pilihanraya, segala onar ini akan terampun dengan sendirinya.
Melainkan rakyat Terengganu ini bingkas daripada kemiskinan ini. Bingkas daripada penipuan ini. Bingkas daripada kemunduran ketemadunan ini. Melainkan rakyat Terengganu menghukum si pelaku onar. Melainkan anda hentikan hobi menjadikan rakyat Terengganu miskin.
Dengan itu pengundi Terengganu, khasnya Kuala Terengganu, kena bingkas menolak UMNO.
Seperti almarhum Tun yang bingkas meninggalkan Terengganu apabila disengat tebuan semasa berkempen pilihanraya.