Sunday, December 14, 2008

MENGANGKAT CAMERON HIGHLANDS KE TARAF DUNIA

Assalamulaikum,






Satu anugerah yang tidak dipunyai oleh negra lain seperti yang dipunyai oleh Malaysia ialah iklim tanah tinggi yang nyaman seperti yang dipunyai oleh Cameron Highlands. Tetapi kemajuan yang ditunjukkan oleh pusat percutian dan peranginan ini tidak membawanya ketaraf dunia.












Hanya iklim sahaja yang dipunyainya yang unik dan menjadi satu aset besar, yang lainnya bersifat keterbelakangan serta kemajuan yang terlalu lembab. Setiap musim cuti sekolah Cameron Highlands akan dikunjungi oleh ramai pelawat dn pelancung, tetapi prasarana yang disediakan tidak melonjakkan pusat peranginan ini ke taraf dunia. Hanya sekadar taraf kampungan.






Barangan yang dijual oleh peniaga peniaga di Cemeron Highlands tidak menunjukkan apa apa keunikan, dan mereka saling bersaing antara satu dengan yang lain menawarkan barangan yang sama.









Keadaan gerainya sama seperti mana mana gerai di Malaysia, barangan yang sentiasa bergantungan, kemah yang lusuh dan seberang seberut. Kekotoran sampah sarap sama seperti mana mana pekan atau bandar di Malaysia.






Semasa musim cuti sekiolah ini ramai orang yang datang berduyun, dan dengan itu berlaku kesesakan jalan raya. Sama seperti kesesakan di mana mana bandar di Malaysia. Tempat meletak kereta yang tidak tersusun dan simpang siur serta sentiasa tidak mencukupi menjadikannya sama bertaraf kekampungan seperti tempat tempat lain di negara ini.








Mencari tempat buang air atau toilet juga sama seperti tempat tempat lain di Malaysia. Sekiranya toilet berbayar yang diusahakan oleh pihak perendirian, keadaanya boleh tahan, walaupun ada juga yang tidak memuaskan, tetapi kalau yang dikorporatkan oleh pihak PBT, memang tidak memuaskan langsung.

Bilakah pihak berkuasa tempatan ingin menaikkan taraf Cameron Highlands ini kepada taraf dunia. Adakah mereka telah puas hati dengan pencapaian pusat peranginan ini yang masih lagi bertaraf kekampungan? Sedangkan ia berpotensi untuk menjaguhi dunia?