Tuesday, December 16, 2008

MUSYKIL MENGENAI P.A.S.T.I. TERENGGANU

Assalamualaikum,



Sudah lama saya ingin bertanya hal ini, tetapi tidak berkesempatan.



Dalam Harakah 1395, 3-6 Zulhijjah, 1-4 Disember 2008, mukasurat N28 dinyatakan sesi pengajian PASTI Terengaanu dilanjutkan. Waktu pembelajaran dilanjutkan dari 8:00 pagi hingga 5:00 petang. Ini dinyatakan oleh Timbalan Pengarah II PASTI Negeri, Ghazali Che Omar.
Musykil 1. Waktu pembelajaran 8:00 pagi - 5:00 petang - adakah laporan tersebut tepat? kerana kalau pendidikan pra sekolah sedemikian lama, semua teori pembelajaran pra sekolah habis disanggah.
Musykil 2. Waktu pembelajaran 2008: 8:30 - 11:45 (195 minit termasuk rihat), dalam tahun 2009 ia ditambah menjadi 8:00 - 5:00 (540 minit termasuk rihat). Perubahan ini melibatkan penambahan masa sebanyak 345 minit, tetapi diikuti oleh penambahan yuran sebanyak RM 5.00 sahaja ( 2008 RM 15.00; 2009 RM 20.00). Adakah ini dilaporkan dengan tepat?
Musykil 3. Dengan penambahan masa khidmat yang begitu banyak, adakah staf PASTI Terenganu bersedia mengharunginya?
Perbandingan
Saya perturunkan di sini amalan kami di Selangor. Ambil contoh PASTI yang saya kendalikan:
Negeri: Selangor
Kawasan: Serdang
Waktu belajar PASTI

Mula 8:20 pg Akhir 11:35 pg Hari Isnin-Khamis
8:20 pg 11:05 pg Jumaat

Yuran belajar ialah RM 80.00 . Memanglah harga di tempat saya tidak sama dengan harga di Terengganu, tetapi harga tersebut sangat kompetitif dengan saingan yang ada di sini, kerana rata rata tadika lain mengenakan bayaran sekali ganda lagi.
Tetapi selepas habis waktu belajar, khidmat yang ditawarkan bukan lagi khidmat akademik, ia bertukar kepada khidmat penjagaan. Dan untuk khidmat ini, charge berlainan dikenakan. Juga bidang kuasa PASTI negeri terhad pada masa akademik sahaja.
Oleh kerana ramai diantara pelajar kami yang ibu dan bapa mereka bekerja, maka khidmat penjagaan sangat diperlukan. Dengan itu khidmat day care disediakan.

Mula 6:30 pg Akhir 6:00 ptg
Tiada OT hingga 6:15 ptg OT RM 2.00 6:16 - 6:30OT RM 6:31 - 7:00 ptg
Caj Overstay 7:01 ke atas

Bagi mereka yang memerlukan khidmat day care ini, charge tambahan dikenakan ialah RM 170.00. Jadi yuran bulanan bagi seorang anak yang belajar beserta dengan penjagaan ialah RM 80.00 + RM 170.00 = RM 250.00
Khidmat ini termasuk: 1. Pelajaran akademik. 2. Penjagaan. 3. Makan 4. Pelajaran ko-kurikulm 5. Asas fardhu 'ain 6. overtime 7. overstay (6 dan 7 dikenakan bayaran tambahan)
Memanglah suasana di Selangor tidak sama dengan di Terengganu. Tetapi ada satu yang sama. Cikgu sering merungut kalau disuruh kerja lebih.
Cikgu Azrin nak komen sikit?