
10 tahun yang lalu semasa saya mengepalai satu jentera pilihan raya PAS, adalah terlalu sukar untuk mendapat sokongan daripada 2 kelompok penduduk, orang Asli dan orang India. Tetapi pada hari ini, tembok tersebut telah dipecahkan dan mereka, penyokong dari kalangan orang India ini terus memberikan sokongan yang padu dan gigih kepada PAS.
Mau tidak mau, UMNO/BN harus mengakui bahawa mereka akan kalah dalam prk Bkt Gantang ini. Sokongan daripada pelbagai kaum sekarang semakin menonjol, dan kemeluatan rakyat terhadap UMNO/BN semakin menular.

Graviti sentiasa menarik UMNO/BN ke bawah. Sehingga mereka tersungkur.