Wednesday, April 1, 2009

DI PANAH PETIR

Assalamualaikum,

Memang iklim negara kita, dan tempat tempat yang mempunyai iklim yang sama mengalami cuaca berpetir dan kilat yang kerap.

Fenomena ini boleh menjejaskan pelbagai aktiviti manusia. Dan ia juga melibatkan kerugian harta benda dan fulus.

Dalam politk negara pun ada juga kes kes di mana petir telah memanah figur politk yang sohor. Lalu tersungkur.

Tetapi petir ini tidak pernah qualify untuk acara memanah dalam sukan olimpik. Walau pun ia digeruni.

Idea yang ingin saya jadikan posting juga turut terjejas dengan panahan ini. Kerana petir ini telah memanah dengan tepat.

Modem ku.