Tidak cukup masa untuk memutihkan kawasan yang mereka klasifikasikan sebagai kelabu dan hitam adalah kelemahan ketara yang dihadapi oleh UMNO/BN.
Chua Soi Lek, orang besar MCA yang juga terkenal dengan aktiviti kokurikulum mengakui kesukaran ini, dan menyatakan kebimbangannya. Walau bagaimana pun jentera UMNO/BN tidak akan mengaku keadaan ini.
Apa yang mereka cuba lakukan ialah memutihkan kawasan yang mereka anggap hitam. Pelbagai cara yang mereka lakukan untuk memutihkan kawasan yang hitam dan kelabu, seperti memberi hadiah cermin mata percuma, mungkin untuk memastikan pengundi yang mengundi nanti tidaktersalah pangkah dan memangkah PAS. Projek mee segera yang dijanjikan tidak akan diturunkan dari langit, tetapi tetap turun juga seperti turunnya hujan. Puteri UMNO berbasikal, kononya untuk meraih simpati pengundi, tetapi cuma menghangitkan ketiak dan kelengkang sahaja.
Najib diberitakan tidak turun, mungkin untuk menghalau badi dua pilihanraya kecil yang lepas, tetapi mungkin diganti dengan Tun Mahathir, yang dulu isytihar diri keluar UMNO, tetapi sekarang terliur semula dan ketagihan semula kepada UMNO.
Apakah tujuan ini semua? Tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memutihkan terung.
Mana ada terung putih?