Sunday, March 29, 2009

PENAMAAN CALON BUKIT GANTANG SEMPURNA

Assalamualaikum,

Penamaan calon bagi parlimen Bukit Gantang telah sempurna. Nak dengar pengumuman pun tidak dapat kerana penyokong PAS terlalu ramai. Penyokong BN ada juga, tetapi almaklumlah, kalau fulus tak mencurah, yang datang pun menelan air ludah. Sudah tentu sedikit jumlah sedia menerima padah. Dijemur ditengah panas pulak tu.



Macam macam gelagat penyokong PAS dapat diperhatikan. Tetapi yang paling menarik ialah paluan gendang tabla ke hapa ke, tak reti nak saya terangkan, yang dimainkan oleh kelab penyokong PAS dari kalangan orang India, yang begitu bersungguh memainkan muzik tradisional mereka sambil menjulang replika kecil sebuah kapal selam. Pada replika tersebut ditampalkan gambar altantuya.

Apakah maksud mereka? Siapa yang mereka sindir?