Tuesday, March 24, 2009

NEGARAKUKU

Assalamualaikum,

Anda ingat satu ketika dulu seorang pelajar Malaysia yang belajar di luar negara menghasilkan satu video yang mengedit lagu Negara Ku jadi negarakuku. Maka gemparlah seluruh Malaysia kerana kekurang hajaran budak ini.

Nampak benar budak ini tidak berterima kasih kepada kerajaan yang telah membolehkan dia hidup selesa dan dapat belajar di luar negara.

Maka gegak seluruh UMNO dan jongosnya tentang bagaimana budak ini perlu diambil tindakan kerana telah mempersenda negara sendiri. Kononnya bapa budak ini pun turut sama menasihatkan budak ini supaya tidak berkelakuan sedemikian, dan akhirnya diberitakan budak ini akur dan kembali ke pangkal jalan.


Tetapi benarkan budak ini salah?Salah faham dan salah maklumat?Mungkinkan budak ini betul? Mungkin budak ini telah dapat melihat dan merasakan bahawa memang berlaku kuku besi dalam negaranya?oleh

Perkembangan terkini di Malaysia memang menunjukkan negarakuku itu sedang hidup dan disuburkan di Malaysia. Ceramah ceramah parti lawan UMNO digempur habis habisan oleh polis. Tunjuk perasaan untuk menyatakan pilihan bahasa yang rakyat mahu untuk pengajaran di sekolah dibelasah habis habisan oleh kuku besi. Merompak kuasa untuk memerintah Perak dilakukan secara terang terangan. Menyatakan apa yang terkandung dalam undang undang negara menjadi satu kesalahan.


Anda masih ingat zaman busuk MAHATHIRISME? Ceramah parti lawan tidak boleh. Polis gempur. Ceramah UMNO boleh. Ahli politik parti lawan tidak boleh dijemput ke sekolah sekolah. Ahli politik BN ahlan wa sahlan. Cakap banyak sumbat ISA. Ada idea bernas sumbat ISA. Roboh surau dan roboh masjid. Pelajar diintip. Berbincang dalam masjid atau surau tidak boleh, kalau degil nanti TNC datang tangkap. AKU JANJI. Dia tidak mau janji. Kronisme. Korupsi. Wang negara dikikis habis habisan.


Sekarang zaman itu sedang kembali.

Dalam negarakuku.