Sunday, March 22, 2009

BN BUKAN SAHAJA KALAH, TAPI DIMALUKAN

Assalamualaikum,

Tiga pilihan raya akan diadakan serentak. Tetapi UMNO masih berperungkap seperti dunia ini mereka yang punya. Tanpa menyedari bahawa penguhujung hayat mereka telah terlalu hampir. Semakin hampir tarikh pemilihan parti tersebut mendetik, semakin banyak kurang dan pekung mereka tersingkap.

Hari ini calon ketua pemuda Khairy Jamaludin membuat laporan polis mengenai penerbitan sebuah buku yang memburukkan beliau. Kan sama ceritanya. Semasa Anwar Ibrahim hendak ditendang keluar daripada UMNO dulu pun dieterbitkan sebuah buku yang memfitnah beliau. Tetapi buku fitnah tersebut itulah yang dijadikan hujah untuk menendang Anwar keluar. Penulis yang menulis buku buku fitnah seperti terdiri daripada malaun yang sama. Itulah kerja mereka untuk mencari makan bagi menyuap nasi.

Hari ini juga blog lim kit siang menyiarkan dapatan daripada satu kajiselidik mengenai pandangan umum mengenai UMNO. Apa yang orang ramai nampak ialah UMNO itu rasuah, rasuah dan rasuah.

Among the problems mentioned by people about the United Malays National Organization (UMNO), please choose two that you feel are most serious. (Average of mentions listed)

Corruption 35%
Out of touch 15%
Weak leaders 12%
Weak managers of the economy 11%
Arrogance 11%
Racist 10%
Not sure 1%
No response 4%

Source: Merdeka Center for Opinion Research
Methodology: Telephone interviews with 1,031 Malaysian adults, conducted from Feb. 4 to Feb. 16, 2009. Margin of error is 3.1 per cent.

Rakyat telah jemu dan muak dengan gelagat UMNO. Mereka muak dengan apa yang UMNO lakukan di Perak. Mereka muak dengan cerita rasuah yang menyundal ketua menteri Melaka. Mereka meluat dengan rasuah yang menyundal satu kementerian dan menterinya. Mereka meluat dengan UMNO yang menyundal rakyat. Mereka meluat cara Samy Vellu memperhina masyarakat India. Dia menang, menang dan menang. Tetapi dalam hati rakyat, rakyat mengatakan tipu, tipu dan tipu.

Dalam tiga pilihanraya kecil yang akan berlangsung dalam masa terdekat ini, UMNO/BN bukan sahaja kalah. Tetapi kalah teruk. Bukan sahaja malang, tetapi dimurungkan. UMNO/BN akan dimalukan.

Ustaz Idris Ahmad calon PAS di Bukit Gantang akan dengan izin Allah mengkuburkan UMNO di bukit tersebut.