Wednesday, March 25, 2009

SELAIN AYAM, APA LAGI YANG BERKOKOK?

Assalamualaikum,

Zaman gelap dan busuk Mahathirisme sedang slowly but surely merangkak masuk ke dalam suasana politik Malaysia. Dengan semakin hampirnya Abdullah Badawi melepaskan jawatannya sebagai perdana menteri malaysia, maka semakin gempita kokokan mahathirisme mencengkam Malaysia.


Zaman di mana hanya UMNO dan UMNO sahaja yang betul dan baik sedang merangkak masuk semula. Kalau semasa kokokan mahathirisme sedang gegak dan gempita, ulama dibunuh seperti di Memali, raja raja Melayu dihilangkan haibah mereka, malah dikutuk dan dipersenda, hakim hakim dicucuk hidung, ketua hakim negara diterajang, yang menyuarakan pendapat tidak selari di ISA, ceramah parti lawan dihamput polis, penceramah didakwa, ceramah dalam kawasan persendirian pun didakwa, FRu mengganas, kroni dapat projek mega, korupsi menular, harta negara dibelanja habis habisan... dan itu dan ini dan seterusnya....

Sekarang anak didik mahathir sedang diambang memegang tampuk pemerintahan. FRU telah mula mengganas, permit akhbar parti lawan digantung, kuasa di negeri Perak dicetak rompak, institusi raja diperalat dan yang tidak setuju dilabel derhaka.....


Mahathirisme sedang berkokok. Dan di mana jua anda berada, anda boleh dengar kokokan tersebut, walaupun anda jauh daripada pwtc.

Manusia tidak berkokok, jadi jenis apa yang berkokok ini?