Thursday, July 31, 2008

DI MALAYSIA NI, SIAPA YANG PALING KERAP KENA ROMPAK?

Assalamualaikum,
Bila mat said negeri penyu buat hal, habis workshop dan driver kena soal dek BPR. kan ke panas punggung semua orang. jadi selama ni, duit negara kena tutuh oleh puak puak yang macam ni. Tetapi sebenarnya itu adalah ibarat makanan yang terselit di celah gigi sahaja. terlalu sedikit. yang masuk dalam perut terlalu besar untuk difikirkan.
Cerita yang sama juga kita sering dengar di tempat-tempat lain. Kira-kira setahun yang lalu, seorang pekerja sebuah pihak berkuasa tempatan dihadapkan ke mahkamah kerana membuat tuntutan yang melampau terhadap kerja menukar mangkuk tandas. Kita dengar bagaimana permintaan sebuah pihak berkuasa tempatan untuk bajet menanam pokok sahaja rm 9 juta. Kita masih ingat lagi isu pokok bonsai yang ditanam oleh sebuah pihak berkuasa tempatan di negeri penyu ni yang berharga ratusan ribu rm sepokok. Dan banyak lagi cerita.
Itu cerita yang kecil kecil. Anda pernah dengar nama Bank Bumiputra Malaysia Berhad? mana bank tu sekarang? Senang aje. Saya tanya , saya jawab. Bank itu telah berkubur. Siapa yang bunuh bank ni? . Diberitakan, (saya kata diberitakan ni kerana ceritanya dirahsiakan supaya rakyat tak tahu), seorang pemimpin yang dah arwah berhutang rm 800 juta dengan bank ni. Bila tak boleh bayar, write off saja. Duit tu duit siapa? itulah duit Malaysia. Kes BMF yang di Hong Kong 2 billion hilang je. Kes market bijih timah yang Malaysia hilang ratusan juta, kemudian dikatakan hilang on paper je. Kes sebuah syarikat perkapalan yang di bail out. RM 500 juta. Kes itu. Kes ini. berbilion rm. Semua duit Malaysia. semuanya dirompak.
Jadi, yang bersaiz gig, rompak ber gig gig. yang bersaiz mag, rompak ber mag mag. Yang saiz K, rompak sekian banyak K, yang ikan bilis, rompak saiz .ikan bilis. Yang supply maggie, beli satu bungkus 50 sen, jual rm 3.00 kepada Malaysia kira perkara biasa. Duit yang kena kebas tu semuanya duit negara. Semuanya duit malaysia. Dan tiap-tiap hari orang rompak.
Jadi siapa yang paling kerap dan paling banyak kena rompak?
Malaysia ku.