Setiap kali timbul ura ura untuk bermuzakarah antara PAS dengan UMNO, kita akan dengar orang UMNO berkokok untuk mengingatkan PAS supaya PAS iklas dalam usaha tersebut. Seolah olah, apa jua yang cuba dilakukan oleh PAS adalah bersifat telunjuk lurus tetapi kelingking mencangkuk. Dan yang berkokok tu dari setinggi tinggi kedudukan dalam UMNO sehinggalah yang secabuk cabuknya.
Tuan Guru Nik Aziz baru sahaja melibas pedangnya kepada suasana politik Malaysia, dan libasan itu bukan memenggal kepala sesiapa, tetapi meledakkan gegaran yang gempa seluruh Malaysia. Beliau mencadangkan agar dibubar kedua dua parti UMNO dan PAS, dan diwujudkan satu parti baru yang mana parti baru ini berpaksi kepada Islam. Ini adalah satu libasan dan tetakan yang sangat bisa kesannya dan sangat menggegarkan. Dan kesannya sudah mula dirasai mulai sekarang.
Dengan sekali libas sahaja, UMNO diasak ke kedudukan yang terdesak. Kalau ia hendak bubar, berkemungkinan segala khazanah negara akan terlepas dari cengkaman mereka. Kalau nak bentukparti baru pula, parti tersebut hendaklah berteraskan Islam, sedangkan UMNO tahu, dan orang UMNO pun tahu, perjuangan Islam yang kononnya mereka perjuangkan adalah pada bibir sahaja, dan kalau mereka mahu berterus terang, sebenarnya mereka memang tidak mahu perjuangkan Islam tu. Menyusahkan sahaja.
Kalau sekiranya mereka ikhlas untuk perjuangkan Islam, maka sekaranglah masanya untuk menyahut tawaran TGNA supaya bubar UMNO dan PAS dan gantikan dengan parti baru. Tetapi mereka tidak akan terima cadangan ini, kerana mereka sebenarnya tidak ikhlas. Kalau diberi pilihan antara Islam dengan UMNO, mereka akan memilih UMNO dan meninggalakan Islam. Itulah yang akan mereka lakukan terhadap tawaran ini. Jadi, bila mereka meragui keikhlasan PAS dalam hal muzakarah, sebenarnya, mereka ingin menutup langau diri sendiri. Mereka yang tidak ikhlas. Jadi tiada apa gunanya bercakap mengenai ikhlas dengan UMNO ni.
Mereka bercakap tentang Melayu. Mereka bercakap tentang memperjuangkan bangsa. Mereka bercakap tentang ketuanan Melayu. Pada TGNA, dan juga kepada semua mereka yang faham tentang Islam, bangsa ni tidak mempunyai apa-apa nilai di Padang Masyar. Hatta bangsa Arab itu sendiri, bangsa rasululah s.a.w. itu sendiri tidak mempunyai apa-apa nilai di hari akhirat. Yang bernilai di sisi Aluklah ialah taqwa sesorang itu.
إِنَّأَكْرَمَكُمْ
عِندَاللَّهِأَتْقَاكُمْ
Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu
di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu
49:13
Oleh itu sekiranya UMNO ikhlas, seperti yang sering mereka kokokkan, terimalah tawaran TGNA, kalau tidak, segala bentuk perbincagan dengan mereka adalah kerja yang lagha sahaja. Tiada membawa apa apa faedah.
PAS berjuang untuk mendaulatkan Islam. Untuk meninggikan Islam. Kita mengambil kira mengenai Padang Masyar. Mengenai Dataran Masyar.
Mereka cuma berkira untuk terkinja di Dataran Merdeka.