Wednesday, July 30, 2008

SPEAK YOUR MIND OUT (II)

Assalamualaikum,

Kalau anda baca berita media sehari dua ini, anda akan dapat rasakan betapa lembutnya gigi UMNO terhadap PAS. Lebih lembut daripada bubur lambok masjid Kampung Baru, KL. Ini adalah kerana UMNO merasakan ia telah berjaya dalam usaha strategiknya memporak perandakan PAS hasil daripada pertemuan sulit antara kedua pihak sebaik sahaja berlangsungnya pru12.
Dan ia mengorak langkah setapak lagi dengan menawarkan package yang sama di Perak, dengan harapan tok tok lebai dalam PAS termakan umpan ni dan dengan itu boleh mengheret parti tersebut ke satu lagi kancah keterbukuan hati. Oleh kerana maklumat terkini kita dapati dari media mereka, maka sukar untuk kita membuat bacaan yang bebas daripada umpanan mereka. Nak harapkan harakah daily pun, maklumat yang dihidangkan lambat dan tidak mengikuti perkembangan terkini. Jadi gunakan apa yang ada.
Dari apa yang dipaparkan, nampak macam satu keinginan dipihak PAS untuk berbincang, bermuzakarah, bermuqabalah dengan UMNO demi kepentingan Melayu dan Islam. Dari sepoian angin, keinginan ini kelihatan mengukir satu keghairahan pula. Sahlah ramai daripada kalangan PAS ni yang tok lebai.
Perlu dingat, atau difahamkan pemimpin PAS, perpaduan Melayu yang kononya menjadi asas perbincangan ini hanyalah satu camouflage sahaja. Ia adalah satu retorik. Ia adalah permaianan kata-kata. Anda setuju sahaja untuk berbincang, maka selangkah kaki anda telah masuk dalam perangkap mereka.
Perbincangan, muzakarah, muqabalah atau apa sahaja istilah yang digunakan adalah semata mata satu helah strategik dalam pelantar politik. Ia boleh disertai sekiranya PAS mempunyai keperluan politik jangka panjang. Sekiranya keperluan politik jangka panjang PAS telah jelas, maka perbincangan strategik tersebut tidak perlu diadakan. Perbincangan bersifat tactical boleh diadakan, tetapi ia bersifat sementara. Kalau untuk berkongsi menubuhkan kerajaan negeri, itu adalah perbincangan strategik.
Yang dicari dan diidam oleh UMNO ialah keperluan strateginya. Iaitu survival dia sebagai parti yang memerintah. Bukan soal perpaduan Melayu. Kalau benar mereka sangat hiba mengenai perpaduan Melayu sekarang, maka mereka mesti melakukan perkara atau menunjukkan tanda-tanda ke arah itu.
Tanda-tanda tersebut ialah bantu semua orang Melayu, tidak kira di mana, samada di negeri yang diperintah oleh BN atau di negeri yang diperintah oleh PR. Hentikan diskriminasi terhadap orang Melayu di Kelantan. Hapuskan jabatan pembangunan pusat di negeri-negeri yang diperintah oleh PR. Kembalikan dengan segera semua grant yang sepatutnya diterima oleh negeri Kelantan selama mana ia diperintah oleh PAS dan PR. Kembalikan demokrasi dalam pentadbiran masjid dan surau. Kembalikan amalan pemilihan secara demokrasi dalam membentuk AJK masjid dan surau. Kembalikan bantuan penuh kepada sekolah agama rakyat di seluruh Malaysia. Benarkan orang awan atau organisasi yang sah untuk menggunakan kemudahan negara, seperti balai raya, sekolah, dewan orang ramai dan sebaginya tanpa melakukan sebarang diskriminisasi. Jadikan amalan memberi tender secara terbuka dan bukan secara anugerah. Dan banyak lagi. Dan banyak lagi.
Perbincangan, muzakarah, muqabalah dan apa sahaja bentuk pertemuan mestilah melibatkan bukan sahaja parti politik, tetapi semua badan yang inginkan apa yang dinamakan perpaduan Melayu ini.
Dan yang paling penting ialah keputusan perbincangan mestilah bersifat binding.