Saturday, August 2, 2008

DEMOGRAFI ORANG MELAYU

Assalamualaikum,

Saya beranggapan jumlah orang Melayu di Malaysia adalah sekitar 65%. Anggapan ini saya dasarkan kepada statistik yang dikemukakan kepada kita kira-kira 30 tahun lalu yang menganggarkan orang Melayu pada ketika itu sekitar 55%. Dengan kadar pertambahan komuniti Melayu jauh lebih tinggi berbanding dengan kumpulan etnik yang lain, maka saya menjangkakan itulah jumlahnya selepas satu generasi berlalu.
Saya ingin mencadangkan kepada semua orang yang mengaku diri mereka Melayu supaya mereka menyahut saranan Nabi Muhammad s.a.w. agar membanyakkan umatnya, dengan cara membanyakkan zuriat, atau membanyakkan anak. Tentunya dengan cara yang halal. Dalam posting yang lepas saya cadangkan satu keluarga mempunyai sekurang-kurangnya 4 anak. Kalau lebih lagi baik. Dengan mengambil kira kadar pertumbuhan kumpulan etnik lain yang rendah dan terus stabil, maka dalam masa sedekad lagi, kuantiti orang Melayu akan bertambah.
Kalau kuantiti sahaja banyak, tak ada apa gunanya. Jadi pada masa yang sama, kualiti mereka juga mestilah dinaikkan. Orang Melayu mestilah dinaikkan mutunya sehingga mereka benar-benar menghayati Islam, kerana dengan Islam sahaja mutu mereka boleh dinaikkan.
Orang Melayu yang mementingkan bangsanya, tak kisah pun kalau ugama mereka terumbang ambing. Beranak banyak tu menjadi sesuatu yang menyusahkan dan memalukan. Orang Melayu spesis yang ini seperti buih di lautan. Tak berguna satu sen pun. Hanya apabila mereka berpegang teguh dengan Islam, barulah mereka berkualiti.
Dengan kuantiti yang berkualiti, Orang Melayu ini akan memimpin dunia. Tidak sibuk untuk menjadi tuan. Sedang tak siapa yang nak ingin mengangkatnya jadi tuan.