Sunday, July 27, 2008

UMNO YANG LEBIH PERLU MENGANJAK PARADIGM

Assalamualaikum,

Sekitar tahun 1973 atau 1974, semasa saya seorang pelajar di Universiti Malaya, saya ada mengikuti perbahasan yang salah seorang ahli panelnya ialah the late Dr. Tan Chee Koon, saya rasa pada masa itu beliau adalah ketua pembangkang dalam parlimen. Perkara yang masih saya ingat lagi hingga ke hari ini, ialah beliau berkata dalam masa 50 tahun kehadapan, orang melayu tidak akan dapat menerima kepimpinan oleh orang bukan Melayu di Malaysia. Kata-kata itu dihamburkan 35 tahun yang lalu. Inti pati kepada kata-kata ini ialah, di Malaysia, warga Malaysia menerima dan akur dengan kepimpinan yang diterajui oleh orang Melayu.
Merujuk kepada interview utusan Malaysia dengan Zainal Abidin Borhan hari ini 27 Julai 2008, saya ingin menarik perhatian, bahawa beliau dan orang yang sependapat dengan beliau juga mengatakan bahawa hebohnya muzakarah, atau muqabalah adalah kerana kepentingan Melayu dan Islam, dan tentang perlunya kita menghasilkan negarawan, dn bukan orang politik. Tetapi perkara sebenarnya tidak berlaku seperti yang disebutkan.
Muzakarah dan muqabalah dan apa bentuk persemukaan pun adalah kerana UMNO tersepit. kalau UMNO tidak tersepit, maka tidak ada muzakarah, tidak ada muqabalah, yang ada hanya UMNO punca balah. Ada juga orang yang mengatakan bahawa berlaku pertemuan ini menunjukkan berlaku perubahan paradigm dalam pemikiran ketua politik parti melayu terbesar orang melayu. Saya tidak mengatakan ini tidak betul, tetapi ia bukan betul semuanya. Apa yang perlu difahami oleh UMNO dan juga pendokong pemikiran UMNO ialah memahami perubahan poemikran rakyat dan perubahan citarasa politik rakyat. Untuk memahami perubahan ini, UMNO itu sendiri mesti mengalami anjakan paradigma, dan jangan hanya pandai melolongkan anjakan itu berlaku, tetapi sebenarnya kosong.
Anjakan pertama. UMNO itu bukan satu institusi untuk orang Melayu. UMNO itu satu parti politik, yang diangggotai oleh ramai orang melayu, dan bumiputra dan orang India. Orang Melayu boleh hidup dan menyinar tanpa perlu bergayut kepada UMNO. Kalau UMNO punah, orang Melayu tidak akan punah.
Anjakan kedua. Kuasa politik tidak semestinya dipegang oleh UMNO sahaja. UMNO hendaklah sedia menerima hakikat bahawa kuasa politik boleh dipegang oleh orang Melayu yang bukan dari parti UMNO. Apabila saat itu sampai, ia hendaklah sedia melepaskannya. Jangan cipta huru hara kerana mempertahankannya.
Masyarakat Malaysia sekarang sedang berubah dan menuju kepada keadaan yang tidak menggayutkan diri mereka kepada UMNO semata-mata. Masyarakat Melayu di Malaysia sekarang ini dengan kepesatan perkembangan idan penyerapan lmu Islam dalam masyarakat Melayu, sudah tidak lagi menerima nasionalisme Melayu sebagai asas perjuangan. Sebabnya ialah nasionalisme itu adalah satu ideologi yang bertentangan dengan ideologi tauhid yang dianut oleh seluruh umat Islam. Ideologi nasionalisme ialah ideologi yang dicipta oleh manusia, kalau nak tahu siapa yang menciptanya , ia adalah hasil daripada revolusi Perachis. Sedangkan tauhid adalah ciptaan Allah, mengapa perlu diambil ideologi baru yang bersifat hampeh, sedangkan orang Islam telah sedia ada permata yang dianugerahkan oleh ALlah? perubahan dalam citarasa ini gagal dikesan oelh UMNO. Oleh kerana UMNO mengajak manusia Islam dan Melayu jauh daripada tauhid, itulah yang menyebabkan orang Melayu menjauhkan diri mereka dari UMNO.
Zainal Abidin Borhan mengatakan sudah ada orang Melayu yang mempersoalkan ketuanan melayu; di sini kita perlu ingat bahawa orang Melayu tidak mempersoalkan ketuanan Melayu per se tetapi meluat dengan gelagat UMNO dan segelintir orang Melayu yang berlagak tuan besar sehingga ada pihak yang menyifatkan orang bukan Melayu sebagai hamba dan orang melayu itu tuan. Ketuanan Melayu seperti yang dikehendaki oleh UMNO ialah malay supremacy yang berlumur dengan racism dan penindasan serta diskriminasi, diikuti pula oleh kronisme, kepuakan dan korupsi yang menjahanamkan negara. Semuanya dibenarkan atas dasar Melayuuuu.
Sebenarnya pendapat Tan Chee Koon tadi melambangkan pandangan orang bukan Melayu terhadap ketuanan Melayu, dalam erti kata, yang dipentingkan ialah keharmonian kaum. Orang bukan Melayu tidak ingin mencabar kuasa politik melayu, kerana itu boleh menjejaskan keharmonian yang telah dibina sekian lama. Sekiranya keharmonian ini goyah, maka segala apa yang telah dibina selama ini boleh hancur dalam sekelip mata. Semua warga malaysia tidak mahu ini berlaku. Oleh itu soal ketuanan melayu ini soal seluruh warga negara . Bukan hanya soal khusus bagi orang Melayu.
Dengan sebab itulah, dalam isu-isu yang menimbulkan kocakan dan kegoncangan dalam keharmonian negara, ia ditangani dengan secermat yang mungkin. Seperti soal murtad, meroboh masjid dn surau dan tempat ibadat, adalah pergesearan yang acap timbul, tetapi boleh diselesaikan dengan semangat kesepakatan .Tetapi UMNO tidak mahu kehadapan dalam soal ini.
Dalam soal ada pihak yang menaikkan papan tanda dalam bahasa Cina, ini adalah hasil daripada asuhan UMNO itu sendiri. Bukankah UMNO itu parti perkauman. Bukan MCA dan MIC itu parti perkauman? Bukankah mereka yang menebalkan semagngat perkauman ini? Dan bukankah UMNO juga yang memperlekehkan Bahasa Melayu? jadi kalau ada pihak yang dididk oleh pegangan perkauman parti masing-masing, maka mengapa melatah dan histeria? Anda tuai apa yang anda semai.
Jadi tidak timbul isu ada orang yang memperjuangkan Malaysians' Malaysia seperti yang dilaungkan oleh DAP atau dulunya PAP. Yang sedang berlaku ialah rakyat ingin mereka diiktirat sebagai warga. Warga Malaysia, dengan segala hak dan kemudahan yang termaktub seiringan dengan status warga itu.
Kalau itu tidak boleh difahami, tukar sahaja dalam satus warga pada kad pengenalan itu kepada:
Warga UMNO. Warga Melayu.
Tidak ada warganegara.