Sekarang kita terdengar suara-suara yang mempertahankan penggunaan Bahasa Melayu pada papan tanda jalan raya setelah ada permintaan di kalangan ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai untuk menambah bahasa lain seperti Mndarin dan Tamil pada papan tanda di kawasan pendadbiran majlis tersebut. Yang saya maksudkan mempertahankan di sini ialah suara-suara tersebut tidak membenarkan bahasa lain digunakan selain daripada Bahasa Melayu kononnya berdasarkan artikel 152 Perlembagaan Persekutuan.
Benarkah mereka ini mempertahankan Bahasa Melayu? Mengapakah apabila penggunaan Bahasa Melayu di flush ke dalam jamban dan kemudian digantikan dengan penggunaan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran sains dan metamatik di sekolah-sekolah di Malaysia mereka tidak bermatian menentangnya. Kenapa pemegang jawatan dalam Persatuan Linguistik Malaysia tidak menghunus keris melawan peraturan tersebut?
Apabila ada menteri yang semasa berucap di tv negara menggunakan bahasa rojak yang digaul antara bahasa Melayu pasar dengan bahasa Inggeris broken, tidak ada suara ini menentang dan memperbetulkannya? Tetapi mengapa apabila ada permintaan yang datangnya dari negeri yang dikuasai oleh pemerintahan politik yang tidak sealiran dengan kerajaan persekutuan maka terdengar suara yang begitu lantang mempertikaikannya? Bukankah ini jelas menunjukkan bahawa mereka ini memang secara turun temurun bersifat racist.
Kalau anda ke bandar Melaka, jambatan yang menghubungkan Stadhuys dengan Jonker Street dibina di zaman British. Label untuk jambatan ini ditulis dalam Bahasa Melayu tulisan jawi serta Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil, selain daripada Bahasa Inggeris. Begitu juga jambatan yang menghubungkan Jalan Bunga Raya dengan Jalan Kilang. Jadi tradisi itu telah sedia ada dalam Masyarakat Malaysia sejak zaman British lagi. Saya baru sahaja balik dari Saudi Arabia. Saya dapati penunjuk jalan di negara tersebut telah mengalami evolusi mengikut keperluan pengguna. Bahasa Inggeris telah digunakan pada papan tanda dan penunjuk jalan. Ini banyak membantu pengguna, kerana tidak semua pengguna tahu membaca tulisan Arab.
Penggunaan pelbagai bahasa pada papan tanda di Malaysia adalah satu perkara yang baik. Bersikap racist itu adalah satu tabiat hodoh.