Wednesday, July 2, 2008

MENGANIAYA RAKYAT PULAU PINANG

Assalamualaikum,
Pagi tadi semasa saya mendengar siaran radio IKIM yang membincangkan hal pengangkutan awam di Malaysia, saya berasa simpati dengan keluhan seorang penduduk Pulau Pinang. Beliau menyatakan rasa tidak fahamnya dengan tindakan kerajaan persekutuan untuk membatalkan projek Pulau Pinang Outer Ring yang dijangka mampu mengurangkan masaalah pengangkutan di Pulau tersebut.
Mengikut penduduk tersebut, keadaan trafik di Pulau Pinang adalah sangat teruk, terutamanya di waktu peak hours dan di tempat-tempat tertentu. Rakyat Pulau Pinang memang sangat mengharapkan satu usaha dilakukan untuk mengurangkan atau menyelesaikan masaalah tersebut. Tiba-tiba kerajaan persekutuan membuat pengumuman yang projek tersebut akan dibatalkan. Dan yang menyakitkan hati ialah UMNO Pulau Pinang, yang selama ini melaungkan slogan membela rakyat terus menyokong keputusan kerajaan persekutuan tersebut. Inilah yang dinamakan tripod to the highest degree.
Isu pengangkutan awam adalah satu isu yang masih belum lagi dapat diselesaikan oleh kerajaan persekutuan. Sistem pengangkutan awam kita tidak membangun sepesat pembangunan fizikal negara. Selain daripada itu, unsur kemanusiaan yang tidak profesional juga turut menjadikan sistem pengangkutan awam kita sesuatu yang menakutkan dan tidak menyeronokkan. Banyak aduan yang diterima daripada orang ramai yang mengatakan unsur kemanusiaan itu masih lagi di peringkat primitif. Contoh 1. Seorang pemanggil pagi tadi memberi tahu mengenai pengalamannya menaiki bas di Kuala Lumpur untuk ke pejabat. Apabila beliau menukar bas di Jalan Raja Chulandi Kuala Lumpur, pemandu bas tersebut tidak mahu meneruskan perjalanan kerana penumpang belum cukup ramai. Beliau perlu menunggu jumlah bilangan penumpang yang pada perkiraannya cukup, baharulah perjalanan disambung, sedangkan penumpang tadi perlu sampai ke pajabatnnya pada waktu yang ditetapkan, dan kalau bas tersebut meneruskan perjalanannya sebaik sahaja sampai waktu bergerak, maka tidaklah orang ini tadi lambat sampai ke pejabatnnya.
Contoh 2. Tiga empat tahun yang lepas, terdapat pekhidmatan bas ekspres dari Bandar Baru Bangi ke Kuala Lumpur. Sistem yang digunakan oleh operator bas ekpres ini ialah membuat kutipan bayaran semasa bas mula bergerak. Yang membuat kutipan ialah konduktor dan juga pemandu bas. Salah seorang daripada pekerja isteri saya menaiki bas tersebut. Sebaik sahaja melepasi tol Kajang ke Kuala Lumpur, pemandu bas ini bising kerana ada sesuatu yang tidak kena dengan pungutan bayaran, mungkin, tiada tukaran untuk mengembalikan lebihan bayaran. Dalam keadaan marah dan menyumpah penumpang, pemandu ini mengambil selekoh yang menghubungkan tol dengan lebuhraya. Dalam keadaan ini, dia tidak cermat sehingga menyebabkan bas tersebut terhumban dan terbalik. Ramai yang cedera. Pekerja ini tadi dirawat sebagai pesakit luar, tetapi seorang pekerja Bangla meraung kerana patah tangan.
Contoh 3. Kita sering mendengar dan membaca berita tentang bas ekspres terlibat dalam kemalangan jalan raya. Biasa berlaku pada waktu malam. Punca utama yang menyebabkan berlaku kemalangan tersebut ialah kerana pemandu tersebut mengantuk. Tetapi kalau ditanya dan disiasat, pelbagai helah akan dikemukakan untuk memberi penjelasan. Mereka tidak sekali-kali akan memberi tahu bahawa mereka mengantuk. Jadi tahap kecergasan para pemandu pengangkutan awam ini amatlah disangsikan, dan di sini sikap profesionalisme dalam sistem pengangkutan awam negara ini masih lagi di peringkat yang primitif.
Pembangunan fizikal sistem pengangkutan awam tidak diiringin dengan pembangunan insaniah. Macam mana masalah nak selesai?