Tuesday, July 1, 2008

MINGGU-MINGGU YANG MENYERONOKKAN

Assalamualaikum,
Rentetan daripada fitnah yang dilemparkan kepada Anwar Ibrahim, beberapa nama telah tertonjol dalam media, yang sedikit sebanyak, benar atau tidak benar, telah mempalitkan kredibiliti mereka di mata rakyat. Apatah lagi kalau mereka berjawatan menteri atau pegawai paling tinggi dalam kerajaan. Kesemua permainan politik terkini akan terungkai sedikit demi sedikit dalam minggu-minggu yang akan datang ini.
Ia juga akan membawa beberapa perkembangan politik yang mengejutkan dan menyeronokkan untuk kita sama-sama perhati dan buat analisis. Yang paling penting ialah perjalanan politik negara akan mengambil satu selekoh yang penting, atau kalau tidak selekoh, akan mengambiol satu persimpangan yang penting. Selepas daripada ini politik Malaysia akan berubah kepada keadaan yang tidak pernah kita fikirkan selama ini.
Dari sekarang hingga ke hujung minggu ini adalah masa-masa yang anda ingin mengikuti setiap perkembangan yang berlaku. Sama-sama kita nantikan.