Sunday, August 24, 2008

KESIAN MANZAIDI

Assalamualaikum,

Apa yang saya kesiankan tentang insan ini ialah ketidak upayaanya membaca suasana politik, dan kalau ini yang terpancar hasil daripada tulisan beliau, sarung semula mata pena adalah lebih cucuk. Dalam ruangannya sekilas pandang, beliau mengeluh, Tidak sumpah salah, sumpah pun salah. Kalau boleh saya tambah: jadi semua serba salah! Dalam beberapa posting yang lepas, telah saya tuliskan mengenai bengap, secara tak sengaja kita terjumpa di sini spesimen unsur ini yang bertaraf the highest degree.
Beliau menulis: yang menjadi mangsa ialah Mohd.Saiful. Tidak bersumpah dikatakan penakut dan pengecut. Bila bersumpah dituduh berbohong dan ada agenda politik pula. Beliau kini tersepit dalam dunia politik yang dicampuradukkan dengan agama. Inilah bahananya jika ada pihak mempolitikkan agama dan agama dipolitikkan.[Sinar Harian, 24/08/08; ms 6].
Yang perlu beliau ketahui ialah sumpah dan bersumpah tiada dalam penyelesaian kesalahan jenayah syariah. Ada mufti telah secara silap mencadangkan sumpah, atau mubahalah, dan Saipol telah dinasihati (atau dipaksa?) juga secara silap. Perangkap secara tidak sengaja dibuat, dan dia telah termasuk dalam perangkap tersebut. Sebab itulah Manzaidi mengatakan tentang Saipol: beliau kini tersepit. Kini dia sudah masuk perangkap yang secara bengap dimasukinya, dan telah melafazkan permintaan untuk dilaknat, maka tiada jalan keluar lagi bagi beliau.
Dan obor kebengapan ini terus dijulang dan diarak, semata mata dengan tujuan untuk meraih keuntungan politik. Jadi siapa yang mencampur aduk politik dan agama ? Ada pemimpin negara yang telah pun bersumpah di Permatang Pauh kononya bertujuan untuk membersihkan dirinya daripada sebarang tohmahan dan fitnah. Tak ada perangkap buat sendiri perangkap. Kemudian masuk dalam perangakap itu. Lepas itu menjerit menjerit untuk mengatakan para ulama tidak memberikan pandangan yang menyokong.
Dan keseronokan bersumpah ini menular pula kepada pemimpin lain. Ada pemimpin politik di Perak yang sedia untuk bersumpah kononya untuk membersihkan dirinya daripada ditohmah merancang plot kotor. Saya tidak heran kalau nanti seorang pencuri yang sedia bersumpah untuk mengatakan bahawa dia tidak mencuri, dan selepas bersumpah tersebut, dia secara otomatik jadi bersih. Lepas tu, mencuri lagi, kemudian bersumpah lagi, dan kemudian ulang dan ulang seperti ulangan rakaman sumpah saipol yang diulang tayang di Permatang Pauh.
Oleh kerana manzaidi menggunakan istilah sumpah laknat, kemungkinan ditimpa laknat terhadap yang melakukan sumpah tersebut tetap ada. Kalau tak jadi batu seperti kes Si Tanggang pun, jadi reptelia yang bertukar tukar warna mungkin kot. Apa namanya? sumpah-sumpah?