Keadaan persekitaran flat yang tidak terurus menambahkan lagi kehodohan yang telah sedia hodoh. Rumput dan lalang panjang yang tidak dipotong dan kadang kala menjadikan tempat kediaman ini kelihatan bukan sebagai tempat kediaman, tetapi lebih sebagai tempat bertedungnya kambing daripada tempias hujan. Mengapa tidak ada pihak yang mengambil sikap proaktif supaya keadaan ini diperbaiki dan diperelok? Bukankan pemandangan yang seperti ini menjadikan mata dan hati kita sakit, selain dari sememangnya mendatangkan penyakit.
Sikap penduduk yang suka hidup dalam tong sampah, atau tidak kisah kalau hidup dalam tong sampah menambahkan lagi kemurungan tempat seperti ini. Ramai penduduk yang membina tempat letak kereta persendirian dengan binaan yang bukan membantu membaikkan keadaan, tetapi menambahkan lagi kehodohan persekitaraan dan menambahkan lagi peluang bercambahnya vector penyakit dan meremutkan lagi makhluk yang boleh mendatangkan pelbagai masalah seperti tikus, lipas, ular, semut, kala, jengking......silap silap hari bulan gajah pun nanti berkampung di situ..... sebabnya ialah kadang kadang tempat letak kereta tersebut tidak menempatkan kereta, tetapi adalah stor penyimpanan barang barang buruk yang tidak diperlukkan, tetapi tidak mahu dibuang, kononyan ada nilai sentimentol.... dengan itu ia menjadi sampah yang terperap berkurun lamanya
Saya katakan ada orang suka tinggal dalam tong sampah kerana mereka membuang sampah ditempat mereka tinggal. Jadi tentulah tempat mereka tinggal itu adalah tong sampah. Bukankah kotor dan busuk tong sampah tu; tetapi kenapa mereka sangat gemar tinggal dalam tong sampah? Kesedaran ini yang tidak ada lagi dalam masyarakat kita, dan ramai orang yang tidak ambil kisah, dan tak ambil peduli dan tidak ambil peruah mengenai perkara seperti ini. Apabila kena penyakit, mereka terasa susah. Sembuh daripada penyakit, perangai lama diulang kembali.
Bagi kawasan yang saya perhatikan ini, pengurusan flat atau pangsapuri ini telah diserahkan kepada penduduk. Seperti mana yang kita ketahui, tidak ramai penduduk yang mempunyai daya keinsafan alam sekitar yang baik, dan tidak banyak persatuan penduduk yang mampu menangani perkara pengurusan tempat kediaman ini dengan baik. Mereka sebenarnya tidak mampu. Oleh itu keputusan untuk melepaskan tanggung jawab pengurusan flat kepada penduduk adalah satu keputusan salah dan bersifat lepas tangan, kerana persekitaran flat ini akan semakin bertambah buruk semakin masa berlalu.