Tahun 1960an UMNO memperagakan pemuda tahan lasak mereka yang memperlakukan kepada mereka yang menentang UMNO dalam politik dengan perlakuan jenayah, penghinaan, pengherdikan, pencabulan, ugutan, mencedera, serta segala macam pelanggaran undang undang berbentuk keganansan.
Dalam tahun 1990an apabila satu seminar mengenai Timur Timor diadakan di Kuala Lumpur, keganasan mereka ini diaplikasi lagi bila pemuda UMNO dan pemuda BN merempuh seminar tersebut dan mengganggu secara paksa perjalananya dengan merosakkan peralatan dan lain-lain kemudahan seminar.
Semenjak piliharanya umum ke 12, pelbagai tindakan gangster telah mereka lakuakan, secara berterusan dan lepas daripada sebarang tindakan undang undang.
Perlakuan gangsterism dan mobsterism yang mereka lakukan di bangunan parlimen semalam adalah salah satu siri keganasan yang berterusan.
Budaya ini mesti dihentikan.