Di sini nanti dapat disaksikan samada UMNO dan BN itu mementingkan maslahah rakyat atau semata mata ingin memenuhkan tembolok mereka yang serakah.
Semua rakyat, samada di Malaysia atau pun di Perak khasnya ingin melihat kemelut politik di negeri tersebut ditamatkan segera dan dengan cara yang penuh berhemah. Dan peluang untuik mencapai suasana ini terbentang luas dengan adanya panggilan pesidangan tergempar DUN Perak yang dipanggil oleh speaker DUN.
Di sini kesumat UMNO/BN akan tersembul; adakah mereka mementingkan rakyat, atau mereka mementingkan gayutan kepada dahan kuasa yang reput dan rapuh. Sekiranya sidang DUN ini dibenarkan berlangsung tanpa sebarang gangguan, tanpa sebarang kacau macau dari gangster, tanpa sebarang kerumunan untuk memaksa dan mengganggu dan mengkhianat oleh mobster, maka yang mendapat faedah ialah rakyat Perak.
Sekiranya mereka cuba menggagalkan sidang DUN ini, jelas menunjukkan mereka menghina rakyat dan tidak layak untuk memegang tampuk pemerintahan. Semua warganegara yang waras hendaklah memberi sokongan agar sidang DUN ini berjalan dengan lancar.
Hanya pengkhianat yang tidak mahukan sidang tergempar DUN ini berlangsung.