Monday, February 23, 2009

LEMBU KORBAN DAN KORBAN LEMBU

Assalamualaikum,

Ada banyak blog yang menyiarkan hal lembu korban, dan isu yang dikaitakn dengannya. Saya pun tidak mahu ketinggalan, cuma saya ingin bertanya siapakah korban lembu tersebut?


PNSB Agihkan 372 Ekor Lembu Korban Sempena Aidiladha

Thursday, 06 December 2007 | Ruangan: Berita





KLANG, 6 Dis – Bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) hari ini menyumbang 372 ekor lembu korban untuk diagihkan kepada setiap masjid di negeri ini.
Majlis penyerahan lembu korban di bawah Program Mesra Rakyat dan Kerajaan Prihatin itu berlangsung di Padang Sultan Sulaiman di sini, petang tadi.

Acara simbolik penyerahan lembu korban disempurnakan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Mohamad Khir Toyo kepada sembilan daerah yang diwakili pegawai daerah masing-masing.

Hadir sama pada majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat, Dato’ Abdul Rahman Palil, Pemangku Ketua Eksekutif PNSB, Datin Khairiyah Abu Hassan dan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa.

Program tahunan yang diadakan sejak 2002 itu adalah salah satu agenda kerajaan negeri dalam usaha meningkatkan taraf hidup serta membela nasib rakyat termiskin dimana tumpuan khusus diberikan dalam mengukuh dan mempertingkatkan kedudukan sosio-ekonomi masyarakat yang kurang bernasib baik.

Dato’ Seri Dr Mohamad Khir dalam ucapannya berkata Selangor memperuntukkan RM1 juta dalam Bajet 2008 bagi perlaksanaan program kerajaan prihatin hasil sumbangan anak-anak syarikat kerajaan negeri.

“Dengan cara ini ia boleh memberi manfaat kepada golongan miskin khasnya dalam memperbaiki dan menyediakan kediaman yang selesa untuk mereka,” katanya yang berharap lebih banyak badan-badan bukan kerajaan dan sektor korporat terbabit dalam penajaan program seumpama itu.

Pada majlis sama, PNSB turut menyerahkan ‘mock up’ cek zakat pendapatan syarikat bernilai RM275, 000.00 kepada MAIS.

Sumbangan turut diberikan kepada 32 orang anak yatim dari Rumah Anak-anak Yatim Al- Munirah, Klang.- MURIZA ABDUL HAMID

lembu001
Dato’ Seri Dr Mohamad Khir secara simbolik menyerahkan lembu korban kepada
Pegawai Daerah Sabak Bernam, Marzuki Hussin. Foto AHMAD FADHLI YAHYA